Polower

Ruang Iklan

Friday 23 December 2011

Dulu cumbu-cumbu, sekarang?



Ehem-ehem..huk huk..assalammualaikum dan selamat sejahtera semua.

Nak citer pasal ape ek? Politik ke? Ah malas la, politik memang buat kita menyampah. Kita tau ahli2 politik ni ramai yang korup, tapi kita sebagai rakyat jelata yang biasa ni x mampu nak buat pape..Ada cara sebenarnya, yang penting kita sebagai rakyat biasa ni harus bersatu hati berganding bahu.. Hak tuihh (ikut stail brader yg nak ludah mahasiswa. Ko lawak la bro #sarcasm) Hak tuihhh lagi skali. Eh tercerita lak pasal politik..Hak tuihhhh

Ok berbalik kepada topik tidak serius dan tidak menjengkilkan..hak tuihhh..Topik itu adalah topik PEPERANGAN SELEBRITI MALAYSIA TANAH AIRKU TERCINTA. Macam biase la, KD mesti lambat sikit dari orang lain. Mutakhir ini (hak tuihh) makin ramai artis yang berperang sesama sendiri. Saman menyaman, kutuk mengutuk, pok amai-amai dan bermacam lagi. Nak kata bodoh x nampak bodoh lak kat dalam tv. Nampak elok jek. Tapi perlakuan mereka ni, membuatkan kucing KD pon menyampah tgk manusia manusia samseng tersebut. Sangat tidak matang dan menampakkan otak itu berada dalam lutut (hak tuihh).

Ada 3 contoh citer yang KD nak sampaikan. Ini adalah berdasarkan kisah sebenar, bukan berdasarkan novel. Semua watak adalah dirahsiakan untuk menjaga aib watak sebenar. Kepada watak sebenar, kalau terasa, jangan saman KD, KD miskin.




Cerita pertama: pergaduhan jelmaan wanita dan 2 wanita tulen.

Dulu kecoh kan kesah perang mulut secara laser di dalam tv. Nak2 lagi tv[5+9-11] tu. Suka sangat jadik org tengah. Yang tu menuduh yang ni, yang ni mencaci yang tu... Hah..elok sangat la tu. Korang yang gadoh2 macam tu ade untung ke? Rasanya buat malu diri sendiri je. Mesti anak2 korang kat sekolah tu pun merasa tempiasnya, mesti org tanya dia macam2.. Ko yang bapok tu, memang takde anak la..Mungkin anak ikan ko je kot yang diserang dan dihujani soalan panas. Sekarang ni macam dah senyap jek. KD bukannya ambik tau sangat pasal dunia hiburan ni, tapi kalu dah kecoh, orang pekak pun boleh tau. Mak cik senah yang sebatang kara kat hujung kampung dan xde tv tu pon bole tau.


Cerita kedua: Pengacara pertengahan usia dan pelawak

Ni lagi sekor. Mungkin penulisan KD akan ada sedikit bias, kerana KD akan ikut pendapat sendiri. Eh skati aku la..Belog aku..HAHAHA.. Adalah dimaklumkan KD tidak meminati kedua-dua mereka. Cuma meminati lakonan mereka. Ada bezakan? Ke takde? Semuanya bermula apabila mereka berdua ni digandingkan dalam satu acara anugerah sebagai pengacara. Bagi KD, xde pape masalah pon utk acara malam tu, lawak spontan kot. Tapi kenapa la wanita pertengahan usia tu nak terasa sangat. Oooo kalu ko kutuk orang boleh. Kau tak sedar ke mulut ko tu longkang masa ko kritik orang. Tau la keje ko mengkritik, tp agak2 la kan. Kita ni orang timur yang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan macam KD. Kalu ko kat negeri orang puteh tu laen citer la kan.




Cerita ketiga: Hitam di pipi hilang rupanya berpindah ke bontot kuali.

Haaa...Yang ni citer baru. Yang ni pon macam tahi la jugak kesahnya. Ala pasal pelakon yang masok reality tv show. Yang tu haaa, yang kumpul pelawak2 serumpun tu. X puas hati sebab tersingkir kot. Kalau ko memang tak bagus, memang la ko tersingkir. Ape nak terasa sangat? Dah nama pon bertanding, kalau smua menang, sape yang pengalah #vince. Pastu siap buat page lagi kat fb nak serang sorang pengkritik ni. Rasanya kritikan beliau tu xde la pedas mana. Dia mesti la tau pedas ke tak kan, masak memasak ni memang keje die. Bagi KD pelakon ni amat la tidak profesional dan dengan erti kata lain bengap amat. Die buat fan page nak serang pengkritik tu, rasanya tindakan kurang bernas kot. Atas langkah kurang bijak itulah yang menyebabkan beliau bukan mendapat sokongan malah mendapat tohmahan di dalam page tersebut. Ko ingat ko ramai peminat ke? Adoii la..sedih giler. Ko tau tak, tindakan tak profesional ko ni sedikit sebanyak mencemarkan nama keluarga ko yang kebanyakannya adalah dari golongan pelakon2 tersohor. Tiba2 bile turn ko, jadi pelakon tersungkur lak. Ko ni sama macam wanita pertengahan umur di atas, kritik orang kaw2, bile kene kat batang idong sendiri, mulalah melatah. Hak tuihhh

KD tak sure la, masalah2 di atas dah selesai ke belom. Seperti yang KD katakan tadi, KD tak folo sangat berita artis ni. Apa yang KD nak cakap kat sini, tak yah la gadoh2, Malaysia ni kecik je. Pe barang gadoh sesama malaysia ni, kalu berani, ko g la carik gadoh ngan artis2 hollywood ke bollywood ke? Baru gempak. Ko kan nak pemes cepat. Try la gadoh ngan Brad Pitt, Christina Aguilera ke. Tu pun kalau dorang nak layan ko la. Ke ko akan dapat hakkkkk tuihhhhhhh je..HAHAHAHA

Babai smua

Saturday 17 December 2011

Dia Gay, Dia Okey, Ko Okey Ke?

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera smua..

Nampak sangat la belog KD ni belog picisan semata-mata..Macam xde visitor je..hahaha<----ketawa sedapkan hati.

Ye KD tau KD lambat. Ni haaa nak citer pasal budak melayu yang kawen orang puteh kat Dublin tu. Perghhh! Giler pemes beliau. Smua nak citer pasal bliau je.Malas la nak intro panjang2, korang pun mesti dah baca pasal bliau dan pasangan beliau tersebut. KD nak buat ulasan, bukan ulang siaran.

Bila citer macam ni kuar, akan ramai la timbul manusia2 yang jadi ustaz dan ustazah terjun. Semua nak tunjuk pandai dan tunjuk kemuliaan masing2. Kalau kena gayanya takpe la jugak kan. Ni tak, ayat belah atas keluar hadis bagai, kat bawah plak kutuk, caci maki dan segala macam perkataan kesat. Kau dijamin syurgakah? Apa salahnya kalau korang doakan yang beliau itu kembali ke pangkal jalan, dapat hidayah. Kau sape nak jatuhkan hukum? Kau tuhankah? Terlalu judgemental.

Lagi satu, sahihkah dakwaan tersebut? Setakat ni KD, tak jumpa bukti2 yang sahih lagi. Ni la orang kita, cepat sangat melatah. Opocot! Selalu sangat buat kesimpulan sendiri. Pasal die pakai baju melayu pon nak kecoh. Tym2 ni tau plak dorang ni nak berpatriotik. Memalukan negara katanya. Setakat baju je dik oi.



 
Tapi daripada pemerhatian KD ke atas semua gambar2 yang ditempek kat belog2, korang tak rasa ke gambar tu macam aneh. Macam orang yang berlainan je. Masa org puteh tu pakai pakaian lelaki, cerah, tapi bile dah pakai baju pompuan gelap plak. Ntah2 edit kot.

Bukan KD nak membela beliau, jauh sekali nak menyokong apa yang bliau lakukan. KD cuma teremo sedikit dengan manusia2 yang 'baik' sangat tu. Ingat! Kita bukan Tuhan.

Wah tetiber KD rasa KD bertukar menjadi orang yang serius.HAHAHAHA

Wednesday 14 December 2011

Kau gagah, x semestinya kau power

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia smua.. Bile bagi salam 1 malaysia terus ingat najib, susu satu mlesia, kedai satu mlesia..Seluar dalam satu melesia pon ade..Angkat tangan sape dah beli!

Kagum kepada sape2 dah beli, memang korang sangat patriotik.

Hari ni mmg KD tak sebok langsung lam opis. Dari pagi dudok je atas krusi yg x berapa nak empok nih. Macam biasa la, KD mestilah berlakon seolah-olah KD banyak keje supaya nampak mulia di mata staff2 lain..Hahaha..Memang KD berperangai agak keji kekadang..bila banyak keje, komplen...bila takde keje langsong komplen gak..alaaa....Korang pon same gak kan? Ke korang lebih keji dari KD?Ada keje komplen, xde keje langsong terus sujud syukur. Ish..Ish..Ish..

Kalau korang nak tau kan, KD baru je ade account twitter bbrp bulan yang lepas.. siyess cakap, memula KD sangat blur terhadap penggunaan twitter. Tapi atas desakan kengkawan KD gagahkan diri untuk bertuiter..Yesss, memandangkan KD dilahirkan memang bijak dari azali, sekejap je dah mahir..Maaf lah ye, kkdg bile org x puji kita ni, sebagai pembakar semangat terpaksalah puji diri sendiri.

Sebenarnya bukan KD nak citer pasal kehebatan KD bertuiter. Tapi pasal org yg ade lam tuiter..Baru tadi KD belek2 timeline KD..Adelah satu minah ni, yang x puas ati dengan satu isu. Isu yang diketengahkan oleh seorang blogger. Pasal tudung. Die cakap lebih kurang macam ni “ ko sape nak tego2 org..ko tu baik sangat ke? Ko g cermin diri ko tu dulu”. Lebih kurang gitu la bunyiknya.. Beserta dengan kemarahan di hati beliau menyertakan skali link ke blog berkenaan. Umpama tindakan refleks, jari jemari KD yang sexy terus menangkap tetikus dan mengklik link tersebut. KD nak tau, truk sgt ka belog tu.
Baca punya baca...alamak..biase je kot. Nape lak minah tu nak emo lebey..Terase lettew.. Bagi KD penulisan blogger tu sangat seronok dan menghiburkan..Xde nak hina sape2 pon.

Di alam maya ni, memang ramai yang gagah bersuara. Lantang.Hebat..tapi kite tak tau kat luar dorg ni mcm mana. Mcm KD la, kat dalam ni kekadang terbabas gak. Tapi percayalah di luar KD seorang yang pemalu dan lembut tutur kata.

Tapi kekadang sronok gak tengok org maki2 kat dalm tuiter. Rasa terhibur lak kan..Tuiter nak tulis selang sesaat xpe, tapi kalu kat pesbuk bek jangan..Sangat annoying ok..Mesti ramai yg menghiddenkan ko nanti.kah3. Sikit2 nak tulis I luv u, I miss u, windunyeeerrr..Wujud ke x org yg di miss luv bagai..Entah2 xde, saje tak nak nampak die loser.
Silalah like page FB KD..Biaselah belog baru nak menapak. Lain la mcm korang, gah2 smuanya..

Babai

Tuesday 13 December 2011

ReMajew mAk!n g4n4s

Assalammualaikum semua..Salam sejahtera..


Baru2 ni korang ade dengar citer tak pasal perbuatan khianat di alam maya. Korang dah tau kot..Pasal satu belog yang menghina dan mencaci KPOP tu..Klik SINI untuk mara ke blog tersebut. Tapi sblom korang yg sangat mengefan KPOP tu melenting adalah dimaklumkan bahawa belog ini adalah palsu..Haaaaa..yang ni la KD cakap khianat tu..Guna pic org lain, pastu buat citer macam2 yang mengundang amarah. Ape nak jadi la bebudak zaman sekarang ni. Kesian tau mangsa tersebut..Trauma die..kalu KD pon, mesti mcm tu jugak..Nape bliau trauma? Cuba anda2 smua baca komen2 yang ditulis.. Bahasa die, amatlah merentap jiwa.Jangan la jahat sangat, jahat lite2 mcm KD sudey.Guna lak bahasa rewmpit..cool la sangat kan.. Pastu siap taip perkataan kesat lagik.. *Eewwww, korunk...mcm ni la baru cool*

KD baru tau SUJU yg org slalu jerit2 tu rupanya Super Junior..eh btol ke?

Kalu KD cakap diorang bangang, nanti melenting plak. Tp bangang lak jugak kan, kalu nak komen jahat2 pon kena la bijak adik2 oiii..bukan la Abg KD ( chewahh, abg!!) nak ajar korang wat jahat. Tp korang post komen tu beserta link ke blog ataupun profile korang..Ko tu dah la bertudung bagai, nampak comel jek, tp komen ko, bertepuk tangan syaitonnirrajim.. Kalu setakat nak meluahkan pendapat yg berunsur ganas pakai la anon..ni tak, mmg bangang la..

Berbalik kepada isu ni tadi, kesian kepada mangsa, Amira Afiqah..Ape la jahat sgt org yg buat ko mcm tu dik. Tapi nasib baiklah beliau ada ankel yang sgt prihatin. Korang godek2 lah belok si ankel utk dapat info lebih lanjut.

Sebab utama peperangan tersebut cumalah KPOP..Iye rerakan sekelian, diulangi ye..KPOP..minat tu tak salah, tapi kalu dah fanatik sangat sampai macam ni, siap nak toreh2 muka bagai, mengundang bahaya tahu? KD pon ade gak member yang minat kpop ni.KPOPPERS katanya..sanggup tu turun KL nak tengok konsert. Tiket lak ratus2, bukan singgit dua ye. Xpe la kan, tu duit ko..Hebat sangat penangan KPOP ni..fikir2 balik, moral budak-budak remajew tu pon bertukar corak...Btol, mmg hebat sangat penangan KPOP ni, tgk la kat bawah ni..KAHKAHKAH

24/7..lawak la korang nih









ni lagi satu..GULA-GULA..hah?! btol ke nama grup ni? ataupon KD ditipu.
Fan2 24/7 and GULA-GULA jgn lah marah kat KD plak ye..Siyes KD mcm x leh trima je benda ni..Gelak lagi skali la..HAHAHAHA

Adios utk hari ini..babai.

Monday 12 December 2011

KD sudah kembali...

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semuanya *bunyik cengkerik*. Tau la KD dah lame x hapdet belog..Memang lame sangat kan? Last adalah lapanbelasogos..Blom raya lagi..wakakaka. Bukan ape tau, mase tu tgh bizi amat sangat. Lama x bukak belog. Niat nak menulis tu ade, tapi selalu x kesampaian.

Terima kaseh la kpd sape2 yg ingat KD tu. Ade lebih kurang 15k email la jugak mintak hapdet belog, kat fesbuk lagi, tuiter, surat..perghhh. Memang letih la nak mereply.. Siyes, mmg KD amat bizi sampaikan x sempat nak mengapprove 3019 friend request kat FB. Maaf ye, KD menokok nambah citer ni supaya nampak lebih grand. Baru la rasa cam retis..Oh ya, tp ucapan terima kaseh tu btol la..mmg ade rakan2 blogger dan readers yang prihatin..*tgh terharu ni*. Lepas ni KD akan buat sehabis baik untuk menghapdet belog. Sebenarnya kan KD ade benda nak citer tadi, tp ttba lak ade meeting. Nak carut ke tanak carut ni? Carut je la #&##$%@#@!!!! pandai2 la korang translate kan sendiri ye..baik terjemahan korang baik la maksudnya, buruk interpretasi korang, buruk la jadinya..hahaha

Eh satu lagi, ade readers cakap belog kekumbang ni ade info berguna..wahhh..celah mana agaknye ye? Hmmm..terima kaseh lagi *terharu buat kali kedua*..ke korang saje nak kipas KD supaya boleh tumpang aura retis KD*ok, sembunyik bawah meja*.. nanti KD tulis lagi..kalau jadik KD nak tulis pasal keganasan budak remaja sekarang ni..bunyik mcm ilmiah je kan. Tunggu je la ek.



Babai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...