Polower

Ruang Iklan

Thursday, 21 February 2013

KD Kembali. Red Carpet Pelisss

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Pecer dunia belog? Adoiiii..Lamanye xde hapdet. Sangat lama ok. Last pun Dec 2011. DUA RIBU SEBELAS!! Tak ke dah lama sangat tu. Bukan tak ingat nak menghapdet. KD punye alasan tersendiri. Rindu jugak tau sebenarnye nak berbelog ni, walaupun berkonsepkan tulis sendiri, baca sendiri..oh kesian. Hahaha..Ye la KD ni bukan blogger tersohor seantero dunia. Berbelog sekadar suka2. Mana2 yg ade jenguk belog berhabuk KD ni, KD ucapkan terima kasih banyak2.

Untuk entry pertama edisi 2013 ni KD nak citer ape pon x tau. Ah lantaklah,ape yg terlintas di otak akan terus mengalir ke hujung jari mengetak ngetuk kibod.


Kalau ade la yg tertanya2 mana KD menghilang, meh sini KD citer. Sebenarnye KD ikut satu program ni. Projek Angkasawan 2013. Nak gi berlepas ke angkasa awal 2014. Tu yg bizi semacam tu. Start awal 2012 dah training. Nak jadik stronot ni bukan senang dik oiii..terbang, menggelongsor, tunggang tebalik. Sebut je smua ade. Baru tau macammana perasaan Sheikh Muzapa n Dr. Paiz.

Eh sebenarnya kan, perenggan di atas adalah propa semata2. Gile kau, ingat senang ke nak jadik stronot. Tym kecik2 bole la cakap, nanti beso saya nak adi stronot. Tapi kepada adik2 di luar sana, jangan berhenti bercita2. Ade rejeki, boleh jadi stronot.


Ini kisah sebenarnya, hujung tahun 2011 KD TERSANGAT lah banyak kerja. Sampaikan demam KD dibuatnya. KD ni kan seorang pekerja yang berdedikasi (boleh rujuk n3 lepas di mana KD sering memuji diri sendiri). Bile dah lama sangat x bukak belog, timbul sedikit perasaan malas. Ish perit betol rasanye nak mengaku malas.hu3. Kekadang teringat gak dengan belog.

Sampai la, beberapa hari lepas (lepas lebih setahun), KD dapat satu emel, cakap ade org komen kat n3 belog KD. Ya Allah, aku ade belog rupanye..hahaha..buat2 tekejut. Terus la bukak belog. Hampeh tol la, sape la dok menyebar iklan kat belog KD ni..wat saspen je. BTW, tenkiu la kepada ko yg singgah belog aku tu untuk menempekkan iklan. Terbukak gak hati KD ni nak berbelog balek.

Pastu plak malam tadi, KD jengok2 balek entry lama KD. Amboi gelak sensorang. Tak sangke kan KD ni kelakar gak. Eh kelakar ke? Ke KD je yg rasa mcm tu.kah3. Entry ni memmang bosan, KD pun rasa mcm tu. Biase la n3 dengan otak berkarat, mcm ni la jadiknya. Wat mase ni, babai dulu =P

Friday, 23 December 2011

Dulu cumbu-cumbu, sekarang?



Ehem-ehem..huk huk..assalammualaikum dan selamat sejahtera semua.

Nak citer pasal ape ek? Politik ke? Ah malas la, politik memang buat kita menyampah. Kita tau ahli2 politik ni ramai yang korup, tapi kita sebagai rakyat jelata yang biasa ni x mampu nak buat pape..Ada cara sebenarnya, yang penting kita sebagai rakyat biasa ni harus bersatu hati berganding bahu.. Hak tuihh (ikut stail brader yg nak ludah mahasiswa. Ko lawak la bro #sarcasm) Hak tuihhh lagi skali. Eh tercerita lak pasal politik..Hak tuihhhh

Ok berbalik kepada topik tidak serius dan tidak menjengkilkan..hak tuihhh..Topik itu adalah topik PEPERANGAN SELEBRITI MALAYSIA TANAH AIRKU TERCINTA. Macam biase la, KD mesti lambat sikit dari orang lain. Mutakhir ini (hak tuihh) makin ramai artis yang berperang sesama sendiri. Saman menyaman, kutuk mengutuk, pok amai-amai dan bermacam lagi. Nak kata bodoh x nampak bodoh lak kat dalam tv. Nampak elok jek. Tapi perlakuan mereka ni, membuatkan kucing KD pon menyampah tgk manusia manusia samseng tersebut. Sangat tidak matang dan menampakkan otak itu berada dalam lutut (hak tuihh).

Ada 3 contoh citer yang KD nak sampaikan. Ini adalah berdasarkan kisah sebenar, bukan berdasarkan novel. Semua watak adalah dirahsiakan untuk menjaga aib watak sebenar. Kepada watak sebenar, kalau terasa, jangan saman KD, KD miskin.




Cerita pertama: pergaduhan jelmaan wanita dan 2 wanita tulen.

Dulu kecoh kan kesah perang mulut secara laser di dalam tv. Nak2 lagi tv[5+9-11] tu. Suka sangat jadik org tengah. Yang tu menuduh yang ni, yang ni mencaci yang tu... Hah..elok sangat la tu. Korang yang gadoh2 macam tu ade untung ke? Rasanya buat malu diri sendiri je. Mesti anak2 korang kat sekolah tu pun merasa tempiasnya, mesti org tanya dia macam2.. Ko yang bapok tu, memang takde anak la..Mungkin anak ikan ko je kot yang diserang dan dihujani soalan panas. Sekarang ni macam dah senyap jek. KD bukannya ambik tau sangat pasal dunia hiburan ni, tapi kalu dah kecoh, orang pekak pun boleh tau. Mak cik senah yang sebatang kara kat hujung kampung dan xde tv tu pon bole tau.


Cerita kedua: Pengacara pertengahan usia dan pelawak

Ni lagi sekor. Mungkin penulisan KD akan ada sedikit bias, kerana KD akan ikut pendapat sendiri. Eh skati aku la..Belog aku..HAHAHA.. Adalah dimaklumkan KD tidak meminati kedua-dua mereka. Cuma meminati lakonan mereka. Ada bezakan? Ke takde? Semuanya bermula apabila mereka berdua ni digandingkan dalam satu acara anugerah sebagai pengacara. Bagi KD, xde pape masalah pon utk acara malam tu, lawak spontan kot. Tapi kenapa la wanita pertengahan usia tu nak terasa sangat. Oooo kalu ko kutuk orang boleh. Kau tak sedar ke mulut ko tu longkang masa ko kritik orang. Tau la keje ko mengkritik, tp agak2 la kan. Kita ni orang timur yang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan macam KD. Kalu ko kat negeri orang puteh tu laen citer la kan.




Cerita ketiga: Hitam di pipi hilang rupanya berpindah ke bontot kuali.

Haaa...Yang ni citer baru. Yang ni pon macam tahi la jugak kesahnya. Ala pasal pelakon yang masok reality tv show. Yang tu haaa, yang kumpul pelawak2 serumpun tu. X puas hati sebab tersingkir kot. Kalau ko memang tak bagus, memang la ko tersingkir. Ape nak terasa sangat? Dah nama pon bertanding, kalau smua menang, sape yang pengalah #vince. Pastu siap buat page lagi kat fb nak serang sorang pengkritik ni. Rasanya kritikan beliau tu xde la pedas mana. Dia mesti la tau pedas ke tak kan, masak memasak ni memang keje die. Bagi KD pelakon ni amat la tidak profesional dan dengan erti kata lain bengap amat. Die buat fan page nak serang pengkritik tu, rasanya tindakan kurang bernas kot. Atas langkah kurang bijak itulah yang menyebabkan beliau bukan mendapat sokongan malah mendapat tohmahan di dalam page tersebut. Ko ingat ko ramai peminat ke? Adoii la..sedih giler. Ko tau tak, tindakan tak profesional ko ni sedikit sebanyak mencemarkan nama keluarga ko yang kebanyakannya adalah dari golongan pelakon2 tersohor. Tiba2 bile turn ko, jadi pelakon tersungkur lak. Ko ni sama macam wanita pertengahan umur di atas, kritik orang kaw2, bile kene kat batang idong sendiri, mulalah melatah. Hak tuihhh

KD tak sure la, masalah2 di atas dah selesai ke belom. Seperti yang KD katakan tadi, KD tak folo sangat berita artis ni. Apa yang KD nak cakap kat sini, tak yah la gadoh2, Malaysia ni kecik je. Pe barang gadoh sesama malaysia ni, kalu berani, ko g la carik gadoh ngan artis2 hollywood ke bollywood ke? Baru gempak. Ko kan nak pemes cepat. Try la gadoh ngan Brad Pitt, Christina Aguilera ke. Tu pun kalau dorang nak layan ko la. Ke ko akan dapat hakkkkk tuihhhhhhh je..HAHAHAHA

Babai smua

Saturday, 17 December 2011

Dia Gay, Dia Okey, Ko Okey Ke?

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera smua..

Nampak sangat la belog KD ni belog picisan semata-mata..Macam xde visitor je..hahaha<----ketawa sedapkan hati.

Ye KD tau KD lambat. Ni haaa nak citer pasal budak melayu yang kawen orang puteh kat Dublin tu. Perghhh! Giler pemes beliau. Smua nak citer pasal bliau je.Malas la nak intro panjang2, korang pun mesti dah baca pasal bliau dan pasangan beliau tersebut. KD nak buat ulasan, bukan ulang siaran.

Bila citer macam ni kuar, akan ramai la timbul manusia2 yang jadi ustaz dan ustazah terjun. Semua nak tunjuk pandai dan tunjuk kemuliaan masing2. Kalau kena gayanya takpe la jugak kan. Ni tak, ayat belah atas keluar hadis bagai, kat bawah plak kutuk, caci maki dan segala macam perkataan kesat. Kau dijamin syurgakah? Apa salahnya kalau korang doakan yang beliau itu kembali ke pangkal jalan, dapat hidayah. Kau sape nak jatuhkan hukum? Kau tuhankah? Terlalu judgemental.

Lagi satu, sahihkah dakwaan tersebut? Setakat ni KD, tak jumpa bukti2 yang sahih lagi. Ni la orang kita, cepat sangat melatah. Opocot! Selalu sangat buat kesimpulan sendiri. Pasal die pakai baju melayu pon nak kecoh. Tym2 ni tau plak dorang ni nak berpatriotik. Memalukan negara katanya. Setakat baju je dik oi.



 
Tapi daripada pemerhatian KD ke atas semua gambar2 yang ditempek kat belog2, korang tak rasa ke gambar tu macam aneh. Macam orang yang berlainan je. Masa org puteh tu pakai pakaian lelaki, cerah, tapi bile dah pakai baju pompuan gelap plak. Ntah2 edit kot.

Bukan KD nak membela beliau, jauh sekali nak menyokong apa yang bliau lakukan. KD cuma teremo sedikit dengan manusia2 yang 'baik' sangat tu. Ingat! Kita bukan Tuhan.

Wah tetiber KD rasa KD bertukar menjadi orang yang serius.HAHAHAHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...