Salam smua..KD dalam situasi keletihan la ni, baru je balek ostesen.hu3..KD yakin korang dah tau dah citer ni, saje je KD nak refresh..hahaha..padahal brite ni baru je 2 ari lps kuar.
KUALA LUMPUR: Warga Indonesia, Sarmini Muhyadi, 28, yang bekerja sebagai pembantu rumah sejak tujuh tahun lalu bersama sebuah keluarga di Damansara Utama di sini, berjaya menamatkan pengajian bidang pengurusan secara separuh masa di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) hujung tahun lalu.
Anak kelahiran Kampung Banyumas, Jawa Tengah itu yang memperoleh mata purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.39 akan menerima Diploma Pengurusan pada hari ketiga Konvokesyen ke-10 OUM di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
Majikannya, Tan Choo Tang, 56, yang juga pensyarah bidang reka bentuk industri dan isteri, Wee Phooi Khuan, 47, bersama anak serta beberapa ahli keluarga mereka yang lain banyak membantu Sarmini menamatkan pengajiannya terutama dari segi pengajaran bahasa Inggeris.
“Majikan sentiasa menganggap saya sebagai ahli keluarga mereka selain memberi layanan baik sehingga sanggup membiayai sebahagian daripada kos pembelajaran di OUM. Tanpa mereka tidak mungkin saya mengecapi kejayaan ini.
“Saya datang bekerja ke Malaysia sebagai pembantu rumah bertujuan mengumpul duit dan mahu menyambung pelajaran sebelum menjadi guru dalam bidang keagamaan di salah sebuah sekolah kerajaan di Indonesia.
“Hari ini, saya gembira kerana mampu berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Melayu dan Inggeris selain mempelajari penggunaan komputer dan turut mahir dalam teknologi maklumat dan komunikasi, ” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.
Sarmini berkata, adik ipar Choo Tang, Wee Chooi Khean yang bekerja sebagai pengurus syarikat buku turut membantunya dalam tugasan pengajian selain sanggup menghantarnya ke OUM untuk menduduki peperiksaan. (BH Online)

Kagum tol KD ngan Sarmini ni, bliau btol2 mempunya keazaman yg tinggi. Kat melesiaku tercinta nih, ade ke x eh org mcm ni? Ala..kebanyakan kite ni arapkan mak bapak je, pastu apply ptptn, dapat duit, joli *oops tertujah idung sendirik plak*. Jgn arap la kan nak usaha sendiri. Perabis duit mak bapak mmg terer la. Pastu dpt peluang blaja, malas plak, x blaja btol? pointer pun cukup2 mkn je. ok..melalut plak.
Kekaguman seterusnya pula adalah jatuh kepada keluarga majikan Sarmini. Baik betolkan dorang ni. Selalu kite dengar kes dera2 je, pastu rogol, kes pembantu rumah lari, curik2 duit..kisahh ni membuktikan bahawa ade lagi manusia yg baik. Kalu tgk latar belakang Sarmini n majikan die ni mmg jauh berbeza, berlainan bangsa, agama, negara..Tp kemurnian hati x mengenal smua tu *ayat puisi sgt*.
6 comments:
whoaaa...seyes kagum
Perghtabik r!! :D
kagum dan tabik! Keimpulan kesah ni: Jgn dera pembantu rumah
wahh bangga betul dengan pembantu rumah nie.. majikan dia super baik hati..
dahsyat2! HEHE
p/s : tlg aen leh?
http://officialaenlicious.blogspot.com/2011/06/life-is-so-colorful-photo-contest.html
memang baek hati kan~
ok aen
Post a Comment