Polower

Ruang Iklan

Monday 30 May 2011

Bagi Org Len Tensi Supaya Kita Bole Gelak Guling2




Jahat glr, x penah plak nak terpikir nak wat cenggini..mcm menarik je.bole dpraktikkan suatu hari nanti.

Saturday 28 May 2011

Aku dah agak dah!!!

Memang!! Sah!! memang sah..keluh ku di dalam hati..aku dah tau dah, mmg akan jadik bende ni..aku tau sgt..x bole jadik ni.aku mesti buat sesuatu....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
KD tau mmg KD akn jarang2 hapdet ini belog..KD dah berusaha dah nak hapdet slalu..mlg kan x berbau, byk sgt la keje..tp ni malang yg berbau la..KD mintak maaflah kepada pembaca belog KD yg ramai tu *bunyi cengkerik ari tu berulang*..KD akan cuba, update slalu..byk kot bahan, cume mase je xde..bile dah ade mase lupe plak isu yg nak di'sharing is caring' tu..adios..jap g KD wat entry len plak..

Friday 20 May 2011

Panass!Kesah Hari Jumaat.

Assalammualaikum n salam sjahtera uolsss..Hari ni ari jumaat.KD nak wat satu entry khas utk hari ini..hahaha…bukan nak ngumpat tau, nak ambik pengajaran je..mcm ni kesahnye, pada suatu tgh hari yang hening, KD pegi la mesjid berdekatan untuk menunaikan solat jumaat. Untuk pengetahuan kalian para pembaca yang ramai *bunyi cengkerik*, hari tu merupakan hari pertama KD menunaikan solat jumaat kat situ, sbb mase tu KD br je keje kat bandar M ni…cantek masjid tu, besar lak tu..nama pun masjid besar kan, kalu kecik, mesti org panggel masjid kecik kan???

Berbalek kepada kronologi kesah KD di masjid..KD berjalan kaki je dr opis..x jauh mane pon..tik tok tik tok tik tok..maka KD pun sampai la kat mesjid. Long setori short ,ambik wuduk, solat sunat, duduk dgr khutbah..rase mcm org skliling pandang2 KD je.padahal mainan perasaan je.cis..ok.tiba waktu solat, KD pun berdiri la ikut saf. Sebelah KD ade sorang pak cik berbadan agak besar dan tinggi, berkaca mata dan rambut kerinting tp tinggal sedikit di bahagian atas..eh ni bukan mengumpat atau mengata tau, ni supaya korang bole imejin rupa watak dalam citer KD. Sebenarnya selain KD, pak cik ni la watak utama dlm ni.

Ok..solat pun bermula, sunyi sepi, bunyi suara imam dan kenderaan je kdgran.masjid tu x jauh dr jln. TIBA-TIBA……………………………..Pak Cik sebelah KD yg tinggi besar berkaca mata berambut kerinting jarang2 tu..menangis!KD dah rase nebes..nape pak cik ni? Saket jantong ka? Gastrik ka? Asma ka? Jerawat pecah ka?..siyes, KD dah x dpt nak kusyuk solat.mcm2 KD fikir..mcm mn kalu pak cik ni pengsan, ape aku nak buat?..adoiyaii..nape la tersolat sebelah pak cik ni plak..dup dap dup dap je dada KD…sampai la abis solat, pak cik tu still nanges lagi..kalu nangis biase tu xpe lg kot, yg ni mengongoi, meratap..takut wooo..rupanya, bkn pak cik tu saket, mmg die mcm tu tiap kali solat..mmg tiap kali jumaat die ade g mesjid tu.dah x eran la kalu dgr org nangis.da imun da..slalu gak KD perati org skliling yg pelik tgk pak cik tu.tp btol la, kalu dah nanges thp tu, mn org x pandang..x dpt tau nak fokus.Mn bole nangis sampai ganggu org lain.ha~ satu lagi, pak cik sblom solat nampak cool je tau, tp bile stat imam baca al fatihah, scr otomatiknya bliau akan menangis dg kuatnya. Smoga dgn kisah ni, kita ambik pengajaran ye para pembaca sekalian *bunyi cengkerik lagi*, bukan tujuan utk mengaibkan sape2.

Situasi yang selalu berlaku.mcm2 lagu ada.peringatan: sila sailenkan enset anda bila berada dlm masjid atau surau
“Dibolehkan menangis ketika solat kerana takutkan Allah Taala dan nerakaNya dll. Abdullah bin Syikir katanya bermaksud: Aku melihat Rasulullah S.A.W. mendirikan solat sambil baginda teresak-esak bagaikan dadanya terdapat air mendidih di dalam cerek. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasaei dan Tarmizi). Firman Allah Taala bermaksud: Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis. (Surah Maryam: Ayat 58). Namun para ulama telah mengingatkan bahawa menangis ketika solat adalah dibolehkan namun jangan sampai boleh mengeluarkan suara dan perkataan tertentu. Jika perkataan yang keluar ketika solat bukanlah perkataan yang sepatutnya maka batallah solat tersebut. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Solat ini tidak boleh dimasuki oleh apa-apa daripada percakapan manusia. Ia hanyalah tasbih dan takbir dan bacaan al-Quran. (Riwayat Muslim). Selain itu juga, disunatkan menangis ketika membaca al-Quran al-Karim. Ini akan menambahkan rasa khusyuk dan perasaan takutkan azab Allah Taala. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Bacalah al-Quran serta menangis. Jika tidak menangis seberapa boleh menangislah. (Riwayat Bukahri dan Muslim)”

Wednesday 4 May 2011

Lawak Twitter

Hahaha..lawak glr.enjoy..seswai utk sape2 yg tgh berduka, marah dgn bos, x puas ati dgn gaji, awek x angkat tipon dsbnya

Tuesday 3 May 2011

keluh kesah berahi suami isteri.hahaha

Keluhan seorang SUAMI:

Subuh, mandi nak pergi kerja.
Pagi, naik kereta pergi kerja.
Tengahari, tak payah kerja.
Petang, balik kerja.
Maghrib, tak ada kerja.
Malam, tanya bini bole kerja.
Bangun pagi, penat malam tadi kerja.
Tak sudah-sudah dengan kerja.

Keluhan seorang ISTERI:

Subuh basuh kain.
Pagi sidai kain.
Tengahari angkat kain.
Petang lipat kain.
Maghrib susun kain.
Malam BUKA KAIN.
Bangun pagi, hilang kain.
Tak sudah-sudah dengan kain……..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...