Polower

Ruang Iklan

Thursday 18 August 2011

Tempek Muka Dalam Buku




Lame x tenung lame2 belog ni. Sempat jenguk kejap2 je. Berabuk dah kat pintu depan tu.. Korang harrrraaaam nak tolong KD bersihkan. Hampagas sungguh.. Hahaha. KD sgt bizi la lately..Espeselli, minggu ni. Rase nak bako je opis ni. Kalau opis xde, mesti dpt emergency leave 2 3 ari.



Stret to de topik, KD baru je selesai menonton citer THE SOCIAL NETWORK. Yang pasal si Yahudi founder pesbuk. Ok2 KD tau, KD memang ketinggalan. Muvi ni kan last year kuar. Opismet KD la yg syorkan muvi ni, tapi bukan la si Saiful Bukhari tu yang rekemen. Orang lain. best gak citer nih. Dalam sibuk2 KD bekerja sempat gak donlod muvi ni utk santapan nafsu mata.


Bagi KD watak yang paling kesian lagi sadis adalah si Eduardo Saverin. Giler ah, dpt member mcm si Mark tuh. Tapi x tau la kan citer sebenar die mcm mane. Berdasarkan muvi tu, mmg x patut la Edurdo diperlakukan sedemikian rupa. Mau x ngamok kalu diperkotak katikkan sedemikian rupa. Ish3... Kejam ko Mark. Tapi nasib baek la hak si Eduardo ni dikembalikan semula.

Tapi memang sungguh cool kan cara bekerja kat pesbuk nih. Santai jek. nanti nak usulkan la kat bos buat konsep keje mcm pesbuk.

Kepada sape2 yg blom tgk citer nih silalah sedut secara haram di alam maya. Jangan biarkan diri korang ketinggalan lebih jauh dari KD. Eh korang ade x member baya2 korang yg xde pesbuk? KD ade kenal 2 3 org. Tetiber lak rase dorg tu mcm alien.

Sunday 14 August 2011

KD Pun Hebat Macam Lee Chong Wei


Ohhh bersedih dan terkilan ini malam..Chong Wei kecundang lagi di tangan Lin Dan...KD tgk full match..x gi teraweh mlm ni sbb kurang sehat..uhuk2 <----ini batuk. Papepon tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei..KD tau, Datuk dah usaha sungguh2 kan..Yang paling KD suke, mase Chong Wei membalas serangan Lin Dan celah kangkang tu..Fullamaaaaak~ mcm stail KD main dulu2..



Thursday 11 August 2011

Kau sgt **** di mataku!!

Hai hai hai...

Selari dengan tajuk di atas, pastinya bukan cerita menyentuh hati ataupun menggeletek jiwa yang akan disampaikan. KD malas la sebenarnye nak menyampaikan kesah2 kurang menarik. tapi nak buat camne, kat cni je senang nak luahkan kegusaran yang melanda. Memekik terlolong dalam pesbuk teramatlah bukan KD.




Hari ni KD sgt byk keje dengan erti kata lain KD telah berjaya menjadi pekerja terampil dan memenuhi kehendak syarikat utk menjadi pekerja yang patut dicontohi. Hahaha.. Tgh bekerja dgn tekun sambel2 countdown nak pukul 5, walaupun tym tu baru je kol 2, sesusuk tubuh telah mengetuk bilik KD. Bliau itu merupakan rakan sejawat bos KD, orang besar la tu. Bliau lantas bertanya:

Beliau: Mane Saiful Bukhari? Kol2 x angkat!

Saiful Bukhari *bukan nama sebenar* merupakan rakan sekerja KD yang berada di bilik sebelah. lalu KD pun menjawab dengan sopan sekali

KD yang sopan: Pergi berak agaknye..

Beliau: OK..hmmm~ berak batu la tu..Mcm ni je la, nanti bile die dah siap urusan duniawi beliau, suruh mamat tu jumpe ai. Ai ade urusan dgn die, geram btol tgk die tuh. Naseb bek ni bulan pose..

KD yang sopan: Woraieeet..pesanan diterima dan akan disampaikan dengan segera

maka berlalu la bliau..

Saiful Bukhari datang dengan muka yang layak diangkatkan jari tengah.

KD yang sopan: Saiful Bukhari, tadi bliau ade cari kau, die soh kau g bilek die. sangap katanye....

Saiful Bukhari: oke2 *sambil mengangguk*

Pastu KD x polo ap plak die g jumpe ke x bliau itu.

Ni dah dekat pukul 5 dah ni, berkobar2 dah hati nak pecut kuar opis. Sebelah kaki dah kat pintu bilek. Tetiber bliau dtg ke bilik Saiful Bukhari.

Bliau: Nape x jumpe ai dalam bilik? Lame tahu ai tunggu. Kan ai ade pesan dengan KD yang sopan tadi.

KD curik2 dengar sbb pintu Saiful Bukhari x tutup, bolehlah pasang telinga.

Saiful Bukhari: Eh ye ke? xde pon u..

HAH!!!! Yang ni KD amat x berkenan. Memang menyakitkan hati je ni. Tau tak, perbuatan Saiful Bukhari ni, akan menyebabkan insan x bersalah menjadi mangsa. Dalam kesah ni, mangsa tersebut adalah KD yang sopan, kerana KD yang telah diamanahkan utk menyampaikan pesanan.

Tapi nak buat camne, mmg mcm tu perangai Saiful Bukhari ni. Akak2 kat opis ni selalu kene. Biasanya kalau ade org kol, dan si Saiful Bukhari ni xde, akak2 ni yang tolong amik pesanan. Pesanan yang biasa adelah meminta si Saiful Bukhari ni kol balek. Harrrraaaaaam, xde nye die kol balek. Last2 sape yang kene? Akak tu jugak sbb dikatakan x menyampaikan pesanan. Kesian woooo. Selalu dengar staf2 dok kutuk2 si Saiful Bukhari tu. KD x ambek kesah sgt la, dgr2 gitu je.. Seronok jugak dgr org ngumpat2, kutuk2 neh.

OK setop sekarang. X baek bercerita perkara2 buruk mcm ni. Nak2 lagi skrg bulan puasa, bukan bulan puasa pun jgn plak diamalkan. ekekeke...harap sama2 la kite amik iktibar, jgn suke menyusahkan orang laen sebab kemalasan kite...AKU MENYAMPAH DENGAN KO SAIFUL BUKHARI!!!!!!


#pies: Dialog diolah ikut sedap hati amarah

Sunday 7 August 2011

Jurubelog Bertuah #1



Hari ini hari ahad..

Yiehaaaa~ Assalammualaikum and selamat berhari ahad smua..

Bosan plak hari ahad ni, x taw nak wat ape. Nak makan, puasa. Nak kuar x tau nak buat ape jugak. Biase kalu kuar, mesti g mkn2..Duduk umah tgk tv je memanjang. Sgt x produktif! Nak hapdet belog lak cam xde citer best.

DAN!! jeng..jeng..jeng...

Dengan tetiber dan tidak semena-mena, KD terasa diri ini amat bijak bila terfikir utk buat entry spontan. Nak tau KD buat mcm mana, KD pegi shoutbox belog KD, view all messages, KD tutup mata, cube klik link blogger2 yg dtg melawat. Jenuh jugak nak mengelik. Asek x kene je. Dan finally, setelah berpeluh2 ketiak mengelik pengunjung yang bertuah adalah:





Syurita ni memang selalu melawat belog KD. Beliau banyak menulis cerita2 yang byk pengajaran dan menginsafkan. Kata2 serta ayat, molek je tersusun sama macam belog KD. Kalau korang nak tau lbh lanjut silelah melawat belog beliau ye.

Tengok atas tu, Jurubelog Bertuah #1...maksudnye pas ni ade chance la turn korang plak kalau korang bertuah.hehehe


Friday 5 August 2011

Suka Duka Bersama Kawan




Arghhh. nikmatnye bile dapat online

Assalammualaikum wbt...

Ari ni KD nak bercerita pasal kawan. Ini kesah benar Encik KD yang anonimus. Mesti korang smua awal2 dah rasa meluat kan? Ye la, ttber lak KD nak citer hal peribadi dan bukak pekung di dada bidang sendiri kan? Eh, sekati aku la, belog aku, ko dulik ape?*oke, part emo tu lakonan semata2*

Terangkan definisi kawan/sahabat? (10m)

Amaran: Entry ni mmg panjang berjela
Ehehe..mcm ni la, bg KD berkawan ni simple, pegi kuar sesama, p main2, gelak2, xde main kutuk2 dari blakang, wat jahat sesama, tolong kalau termampu n bukan blah bile ade problem. Senang kan? Yang paling byk KD nampak adelah kutuk member dr blakang. Bek ko kutuk depan2 je, tp jgn la sampai menghina tahap kaw2..guraw2 manjew gittew (mencik taw, terremajew lagik)..

*********************

Tapi lain orang lain la pendapat kan, ini dari kaca mata KD. Kalu korang nak tengok jawapan yang skema boleh je tanye Incek Gugel. Beliau kan makhluk serba tau. Perkataan ape paling banyak disearch di dunia melalui internet? *lari topik sebentar*

Untuk memudahkan pemahaman telenovela ni, KD akan bercerita secara kronologi. Skip jaman tadika, sebab KD x g tadika. Org bijak harus lompat terus ke darjah satu. Hahaha.. Segala2nya bermula semasa di darjah satu, KD ni jenis pemalu dan sopan santun. Berbekalkan semagat kental, KD dapat mengumpulkan beberapa rakan yang boleh membentuk Power Rangers ketika itu, di mana dalam kumpulan KD ada 3 lelaki dan 2 perempuan. Padahal sebelom masuk darjah satu pun kitorang dah kenal, satu kampung. Hahaha, kitorang memang rapat. Buat baik sesama, buat jahat pun sesama. Perkara paling jahat yang kitorang penah buat mase kecik adalah melakukan pembakaran hutan tidak jauh dari sekolah..hahaha..hebat x hebat, jenayah yang kitorang buat. Tak pasal2, ade sorang mamat x betol yg dituduh membuat pembakaran terbuka..kecoh ooo, mane taknye, kabel elektrik putus dibaham dek api yang marak. Cuak giler kot tym tu, tp kitorang kan Power Rangers..Haruslah berlagak cool. Aktiviti berkawan memang tiada masalah besar mase skolah rendah, skrg ni pon kitorang maseh lagik jd Power Rangers, walaupun x sekuat dulu..hu3



Sekolah menengah, KD masuk skolah asrama penuh, memang kene duduk asrama, walaupun rumah ko 12 inci je dari skolah. Mase ni mmg ssh sket la kan nak carik kawan, masing2 x kenal satu sama laen. tapi akhirnya berjaya membentuk satu kumpulan berlima juga, tp smua lelaki..Tp kumpulan ni x kukuh mane, slalu je dilanda badai, amat goyah . Macam2 pe'el ade. Walaupun kitorang nampak agak rapat, tp selalu tercetus konflik kat dlm tu. Ade yang mudah terasa, ade yang mudah merajuk..bhai, ko tu jantan, burok sgt rupa paras ko kalu majuk. Hahaha..Memang kitorang selalu berselisih faham, tp x lame, pahtu oke balek. Ade sorang dalam group ni yang laser amat. Sakit ati ooo, kalu die sindir, amat pedas..Bedesing rase telinga yang mendengar kata sindiran tersebut waalaupun sindiran tu bukan ditujukan kepada kita..Gayah, joyah, senah, korang jgn igt lelaki ni x reti nak menyindir dengan kejam. Member KD tersebut menjadi bukti.Hubungan kitorang boleh dikatakan mempunyai kitaran yang sama sepanjang 5 tahun sekolah menengah, dan bertambah baik bile dah masuk upper form. Ye la smua dah besa2, dah berbulu dah pon, x kan nak bawak perangai bebudak lagi.

Dipendekkan crita, kitorang abes matriks, dpt la masuk U. Kisah sebenar2nye bermula di sini.. Hahaha, punye lah panjang intro. Kitorang semua dapat U yang berlainan. Nak jumpe tu pon agak susah la kan. Ade la satu mase ni, mase nak cuti sem, gigih la KD ni nak pegi jumpe 2 orang member KD. Kitorang mmg plan la nak jumpe, tanak balik kampung sebab dah lupe daratan *erk*. Mula-mula KD pegi jumpe yang sorang dulu, plan kemudian bergerak plak jumpe yang sorang lagi. Untuk senangkan crita, member yang 1st KD jumpe tu memegang watak A, manakala yang sorang lagi watak B. A ni tinggal kat hostel, kire KD ni menyeludup masuk la masuk kampus die. Siap pakai matriks card member die lagi. Die p jemput KD. Dgn si A ni KD x berapa rapat sgt. Tapi si A dan B ni memang rapat, sbb depa ni sekelas mase skolah dulu. Dalam geng2 KD ni, dari skolah dulu mmg nampak mcm ade 2 kumpulan kecik. KD, A dan B memang dah start cuti sem, tapi si B ni ade kursus ape ntah, tu yang lambat sikit. So KD dgn A lepak la dulu sehari dua kat kampus die, pastu kitorang g umah mak cik die, lepak ngan mak cik die plak. Satu mlm kitorang kat situ, sbb KD bgtau A, KD segan. Mak cik die tu x kawen lagi, takut mak cik A tu terliur tgk KD..nanti x pasal2....

Kebetulan keesokan harinya, si B ni pon dah abis kursus. Kitorang pun berangkut beg la pergi ke rumah si B. Si B ni menyewa kat luar. Senang sket nak angkut awek masuk..hehehe *eh, tu jgn amek serius ok, hanya penambah perisa semata-mata* Nak pegi situ, no hal, sbb si A ni dah penah pegi. Kitorang dtg agak awal la jugak. Si B x balek pon lagi. KD pon kol la die guna enset skrin kaler yang pemes tym tu, 3100. B ckp, jap g die sampai. Wah, hati dah berbunga2 dah ni..

Tiba mase ketibaan B...Aik masam je muka, x senyum, x tanye kabo, hape pon tarak. Die bukak pintu, KD dan A membontoti je la. Oh kawan, bukan ini yang ku harapkan reaksimu bila bertemu dgnku (chewaaah, ayat x leh blah). KD dah rase x sedap ati, ape salahku, ape dosaku, buruk sgtkah wajah kacak KD ni di matanya? Dengan si A die ok je, dengan KD je layanan agak dingin. Sape x terasa wei. Tp KD buat diam je la, malas nak gadoh2, masing2 dah berbulu lebat nak mampos. Lagipun KD ni kat tempat orang, orang dagang. Ahaks..Bebrapa hari KD rase lama sgt. Kalu kitorang jenjalan ke, mesti dorang berdua jalan sesama, KD dibiarkan tanpa hala tuju... arghhhh, sedih amat sekali~ KD x sangka KD akan diperlakukan sedemikian kejamnya. Rasa terasing sgt *lagu terasing nyanyian semula oleh KRU sebagai muzik latar* 


2 3 hari pastu, KD beli tiket flight, g balek kampung. Mase nak balek tu A dgn B ade kat umah, sekejam mana pun bliau, bliau tetap menghantar KD ke muka pintu bile taxi sampai..Salam2 sambil babai2, KD pun blah dgn hati yang masih terguris. Mase jaman KD tu, xde lagi FB, yang pemesnye, friendster la..Kan friendster ni ade belog skali kan, bile dah sampai rumah, KD bukak la friendster, bace update2 dr member. Tetiba, mata KD tertancap pada satu belog update oleh si B yang mana isinya menjurus ke arah KD. Member2 lain mmg x tau la sape watak utama dalam belog ittew. Depa seronok la kan bace caci maki, cerca, sumpah seranah dlm tu. Baru la KD tau kenapa die bermasam muka dgn KD. Die ckp, "bodoh btl la sorang mamat nih, aku letih2 ni die plak dtg menyibuk kat cni". Tu antara yang KD igt, yang lain byk lg. Berderau rasa darah KD bace isi kandungan penulisan hebat si B. Semenjak dari tu, KD dah xde berhubung dgn die dah. Jangan la tulis mcm tu skali. Geram beb, walaupun KD ambik hati, tp kejap je la..Yang lepas tu biarlah lepas. Yang jdk mangsa bukan KD sorang je, ade lagi sorang member KD yang kena. Biarlah, orang tanak kawan ngan kite *pasrah* Sampai sekarang ni, die xde tegur KD, add dalam pesbuk pon xde, sbb die tau KD ade bace ape yang die tulis tu. Ade member KD ni yg sound kat die, nape die tulis mcm tu...Kalau die dah sedar slh die pon, kompom malu kot..KD plak malas la nak terhegeh2..Tp KD ade gak menghapdet ttg die melalui kengkawan, KD dpt tau  die dah kurus, trus KD tgk sendiri melalui profile pic FB die. Wah sgt kurus! memang nampak sgt lain. Tp KD rasa die berperangai mcm tu mmg bersebab, satunya mmg bliau letih kot, pastu bliau ni anak tunggal, mmg manja la dan jenis ckp lepas je tanpa pikir akibat yang bakal menyusul. Kalau die ade bace belog KD ni, KD nak gtau die, KD dah lame maafkan die (ayat drama sgt).

KD tanak la letakkan 100% salah kat die sorang, KD pon salah gak. Kalu KD tak ambik ati sgt, mesti x jadik pape..Tp ye la, manusia kan, ade hati dan perasaan, ade perasaan marah dan suka..ececece
Korang plak ade kesah yang same ataupun seakan2 same x?

Wednesday 3 August 2011

Rabu Tanpa Kata #4

Tinggal beberapa minit je lagi nak kol 12 tgh mlm yang menandakan rabu mahu melepaskan baton kepada khamis. Sempat lagi ni nak buat 'rabu yang diam'..Ni smua, brokben selekom punye pasal. Satu hari ni wat problem..Ok, carut sket2 je, x leh byk sgt..Ok enjoy hidangan khas lewat malam KD =)

Monday 1 August 2011

Selamat Berpuasa



Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikumwaramatullahiwabarakatuh

Dengan ini, saya sebagai penyimpan username dan password belog ini, ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca belog khasnya dan seluruh umat Islam amnya.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah

Assalammualaikumwaramatullahiwabarakatuh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...