Polower

Ruang Iklan

Thursday, 11 August 2011

Kau sgt **** di mataku!!

Hai hai hai...

Selari dengan tajuk di atas, pastinya bukan cerita menyentuh hati ataupun menggeletek jiwa yang akan disampaikan. KD malas la sebenarnye nak menyampaikan kesah2 kurang menarik. tapi nak buat camne, kat cni je senang nak luahkan kegusaran yang melanda. Memekik terlolong dalam pesbuk teramatlah bukan KD.




Hari ni KD sgt byk keje dengan erti kata lain KD telah berjaya menjadi pekerja terampil dan memenuhi kehendak syarikat utk menjadi pekerja yang patut dicontohi. Hahaha.. Tgh bekerja dgn tekun sambel2 countdown nak pukul 5, walaupun tym tu baru je kol 2, sesusuk tubuh telah mengetuk bilik KD. Bliau itu merupakan rakan sejawat bos KD, orang besar la tu. Bliau lantas bertanya:

Beliau: Mane Saiful Bukhari? Kol2 x angkat!

Saiful Bukhari *bukan nama sebenar* merupakan rakan sekerja KD yang berada di bilik sebelah. lalu KD pun menjawab dengan sopan sekali

KD yang sopan: Pergi berak agaknye..

Beliau: OK..hmmm~ berak batu la tu..Mcm ni je la, nanti bile die dah siap urusan duniawi beliau, suruh mamat tu jumpe ai. Ai ade urusan dgn die, geram btol tgk die tuh. Naseb bek ni bulan pose..

KD yang sopan: Woraieeet..pesanan diterima dan akan disampaikan dengan segera

maka berlalu la bliau..

Saiful Bukhari datang dengan muka yang layak diangkatkan jari tengah.

KD yang sopan: Saiful Bukhari, tadi bliau ade cari kau, die soh kau g bilek die. sangap katanye....

Saiful Bukhari: oke2 *sambil mengangguk*

Pastu KD x polo ap plak die g jumpe ke x bliau itu.

Ni dah dekat pukul 5 dah ni, berkobar2 dah hati nak pecut kuar opis. Sebelah kaki dah kat pintu bilek. Tetiber bliau dtg ke bilik Saiful Bukhari.

Bliau: Nape x jumpe ai dalam bilik? Lame tahu ai tunggu. Kan ai ade pesan dengan KD yang sopan tadi.

KD curik2 dengar sbb pintu Saiful Bukhari x tutup, bolehlah pasang telinga.

Saiful Bukhari: Eh ye ke? xde pon u..

HAH!!!! Yang ni KD amat x berkenan. Memang menyakitkan hati je ni. Tau tak, perbuatan Saiful Bukhari ni, akan menyebabkan insan x bersalah menjadi mangsa. Dalam kesah ni, mangsa tersebut adalah KD yang sopan, kerana KD yang telah diamanahkan utk menyampaikan pesanan.

Tapi nak buat camne, mmg mcm tu perangai Saiful Bukhari ni. Akak2 kat opis ni selalu kene. Biasanya kalau ade org kol, dan si Saiful Bukhari ni xde, akak2 ni yang tolong amik pesanan. Pesanan yang biasa adelah meminta si Saiful Bukhari ni kol balek. Harrrraaaaaam, xde nye die kol balek. Last2 sape yang kene? Akak tu jugak sbb dikatakan x menyampaikan pesanan. Kesian woooo. Selalu dengar staf2 dok kutuk2 si Saiful Bukhari tu. KD x ambek kesah sgt la, dgr2 gitu je.. Seronok jugak dgr org ngumpat2, kutuk2 neh.

OK setop sekarang. X baek bercerita perkara2 buruk mcm ni. Nak2 lagi skrg bulan puasa, bukan bulan puasa pun jgn plak diamalkan. ekekeke...harap sama2 la kite amik iktibar, jgn suke menyusahkan orang laen sebab kemalasan kite...AKU MENYAMPAH DENGAN KO SAIFUL BUKHARI!!!!!!


#pies: Dialog diolah ikut sedap hati amarah

7 comments:

adlina said...

ish3 macam tu punya orang pon ada???kalau org macam tu, elok bebeno kita tanam dia idup2..hehe

KumbangDesa said...

Haaa~ tau xpe..mcm2 org dah KD jumpe, x smua jahat, yg baik lagi byk. Tp yg best utk diceritakan adalah yang jahat.hak3..Len kali crite pasal org baek plak

zieyll^bluehazel said...

alolo~ kesian pulak dengan KD yang sopan lagi jujur serta amanah ney kan .. XD memang tak patut si saiful bukhari neyyy . *geleng kpala

amir aizat said...

sokong adlina, tanam idup2 je org cmtu! haha

KumbangDesa said...

Hahaha..korang ni klaka lagi ganas!

jannah.ayub said...

sabar jela bulan puase ni yee ~~

iMBobo said...

sabor je dgn die tu.. tp mcm pernah dgr nama Saiful Bukhari ni hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...