Polower

Ruang Iklan

Sunday 31 July 2011

N3 Melekat Melekit: Khas Untuk Mata Duitan

Salam semua, ari ni buat julung-julung kalinya, KD nak buat entry melekat. Bukan ape, seblom2 ni KD tak tau nak lekat ape. Kebetulan ade sorang rakan maya (maya tu bukan nama org ok merangkap pemilik banner kat atas tu) dan juga merupakan antara follower terawal KD mintak KD buat entry melekat dan melekit untuk bliau. KD no hal. Tolong menolong kan amalan mulia. KD x reti nak buat ayat cantek2, so KD soh die buat sendiri, KD kopipes jek, tambah link…Tadaaaa dah siap. Korang2 di luar sana mahupun di dalam atau di mana2 sahaja, kalu ade nak iklan kan bisnes ke, hape ke, yg ade banner kecik2 tu bole je nak letak dalam belog x pemes KD nih. Tak yah baya pon, tapi kalu nak tolong baya brokben KD pon KD terima je dgn malu2..Heheheh..Eh terlebih sudah, sila la bace adegan seterusnya. Walopun entry ni melekat, jgn plak lupe cekidaut latest entry KD ye..Enjoice~

"Sekiranya anda ingin mendapatkan pendapatan tambahan (atau melebihi gaji bulanan anda), di sini ada satu formula yang dibongkarkan! Formula inilah yang melahirkan ramai JUTAWAN internet. Pendapatan sehingga RM5000 sebulan dan ada yang telah berjaya memperolehi sehingga RM2000 dalam seminggu. Modal adalah sangat rendah jika dibandingkan dengan keuntungan yang bakal dinikmati. Ahli akan dibayar setiap minggu dan tidak perlu menunggu gaji di hujung bulan! Daftarlah untuk info PERCUMA. Sesiapa sahaja, boleh melakukannya. Tidak kiralah anda pelajar, surirumah, penjawat awam mahupun swasta. Yang penting ada kemahuan dan usaha.

Saya merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta, dan baru beberapa bulan menyertai program ini, dan Alhamdulillah sudah menampakkan hasil. Modal dapat balik dalam beberapa hari sahaja.  Seterusnya ambil untung sajalah. Dengan hanya ada komputer dan internet saya mampu dapat wang tambahan. Tak perlu jumpa sape2. Saya menyertai program ini bukanlah saya terdesak untuk mendapatkan wang, cuma kerana minat dalam perniagaan. Bayar PTPTN tetiap bulan pakai duit ni la. Duit gaji untuk simpanan dan belanja harian. Mesti korang semua akan fikir benda ni mustahil (saya pun macam tu juga mula-mula), ye la, macam mana duit masuk kalau tak perlu berkomunikasi dengan sape-sape…Tu la kelebihan program ni. Saya sendiri pun buat kalau ade kelapangan je, saya lebih mengutamakan tuntutan kerja saya. Jangan risau ni bukan skim cepat kaya , pelaburan wang internet, Multilevel Marketing (MLM), pelaburan mata wang asing dan pelbagai lagi scam internet. Perniagaan ini adalah HALAL dan mematuhi hukum syarak dan ianya syarikat berdaftar.
Sekian, sama-samalah kita menambah baikkan kehidupan kita. Orang yang berjaya sentiasa memulakan langkah yang pertama. Rebutlah peluang ini! Daftar secara PERCUMA. [KLIK SINI] untuk mendapatkan info."


Sujairi KJ Enterprise (002046530-W)

Ape lagi, silalah memberi respon. Sempat lagi nak kaya before raya nih.. Kalau korang kaya, jgn lupe hulur2 sikit kat KD, acc nuff KD ade seratusempatpuluhsen je..huhuhu

Friday 29 July 2011

Orang Puteh memang KINKY!!


Ari ni KD nak share sikit betapa peliknya bahasa English. Tapi mungkin sebab kite dah biase dengar dan ade yg menggunakan English ni sbg bahasa pertuturan di rumah, pejabat, toilet, pesbuk, tuiter dan sebagainya, menyebabkan kite kurang perasan kepelikannye. Pelik bg KD sbb KD ni org kampung yang jarang gune English, lidah yg slalu mkn belacan katanye (walaupun MUET KD band 6- terriak di hari Jumaat*istighfar*). Kat opis blakang kire la, KD ni keje kat multi-racial campany, org India ade, org puteh ade, negro pon ade. Tak kan nak balun bahasa Melayu kot. Terpinga2 dorang tu kalu KD bantai gak ckp melayu..hahaha

KD mulakan dengan kotak. Omputehnye box kan? kalu banyak jdk boxes.
Tp kalu ox jdk oxen, bukan oxes.

Seko angsa adalah goose, tp kalu banyak kite panggil geese
tp nape kalu moose kite x panggel meese

Mouse adalah seekor tikus, mice plak adalah berekor-ekor tikus
Tuko plak kalu house..sebijik rumah panggil house, kalu banyak houses, berdasarkan teori tikus di atas, bukankah sepatutnye rumah yg banyak dipanggil  hice..hehehe

Plural utk man adalah men, tapi nape plural tuk pan org x panggel pen?

Kalu gigi sebijik..bahase omputeh panggil tooth kan, kalu gigi banyak2 adalah teeth
Kalu booth, jdk beeth kah? oh tidak~

Sexceli, banyak lagi, ni sbg contoh jek..mungkin entry ni seswai tuk org2 kampung mcm KD je kot...Korang org2 bando mane nak kawan ngan org kampong cam KD ni. Korang spiking, KD ckp melayu, dah la pelat lak tu..hehehe

Satu lagi KD nak pesan ni, dalam menempuh kehidupan mendatang yang penuh ranjau, onak dan duri amatlah penting Inglish edukesyen..Jgn abaikan ye adek2 dan jgn dilupe jugak bahase ibunda kite~ 



KD tau la bahasa lam belog KD ni tunggang langgang, bukan ape sbb nenek KD belah ayah orang sepanyol, atok KD belah mak orang pilipin..hahaha

Terima kasih banyak2 @ Tengkius

Thursday 28 July 2011

Laser!! Kalau mulut yang laser, cabai jerrr~

[Siri entry pendek]



Apek mmg hebat..Tapi td mcm ade je cahaya hijau merayap-rayap kat golkiper Singapore..pecer ni? Jgn la gitu..*sambung tgk bola balek*

Monday 25 July 2011

Kalau dah KERAS...



Assalammualaikum dan hai hai hai sekelian alam. Ni..KD nak habaq mai kat hangpa smua pasai dot dot dot..Die punye keras bebenor...Amboi cik kiah, cik senah cepat je ko kan. Nak bawak mulut la tu. Telinga dah mencapang, bibir dah terjuih... Mcm Kak Limah dah KD tengok. KD bukan nak mengaibkan sesape, cuma nak berkongsi je. KD yakin kat mana2 pon ade bende ni terjadik..Cuma mungkin cara je la berlainan. Matlamat sama, kaedah berlainan (eg: cowgirl,wheelbarrow etc)..

Ni kesah lam opis KD. KD pon lambat tau sebenanye, ade terbau dan terhidu gosip2 yg melanda, tp KD malas la nak campoq. Kesahnye bermula di pantry. Owh, kinky sungguh... Wei2, jgn la fikir jauh sgt. Semuanya kerana sepinggan kecil sambal belacan. Ye betul, ini semua belacan yang menjadi punca. Penangan belacan sekuat baunya.

Strettodepoin, wanita2 lam opis KD bermasam muka kerana sepinggan belacan. Wadefish?! Agak2 la kan, takkan berebut sampai tarik2 rambut kot sbb belacan tinggal seketol je kat melesia nih. Banyak lagi wei belacan, stakat ni tv3 blom melaporkan belacan dah pupus. Hahaha..Sexceli, mcm ni kesahnye, pada suatu pagi dekat2 tgh hari, ade 2 org wanita dalam lingkungan usia lewat 20-an pergi ke pantry utk menyelesaikan nafsu yang melanda. Sedang enak mereka menjamu selera;

Wanita A: Wah2, ade ulam la..Pucuk dicita ulam mendatang.
Wanita B: Benar katamu wahai wanita A. Apakata kalau kita merasa sepinggan dua ulam-ulaman ini. *sambil wanita B cuba merentap rakus tudung saji*

Wanita A: Setop wanita B!! *sambil wanita A menyekeh kepala wanita B*
Wanita B: Kenapa kau tahan aku, bukankah apa yang ada di pantry ini, boleh dimakan. Orang memberi kita merasa! Apa kau gila, membiarkan makanan seenak ini begitu sahaja?

Wanita A: Iya, mmg boleh dimakan, tapi yang ini tidak boleh. Apa kau sudah lupa? Perjanjian yg kita lakukan hari itu?
Wanita B: Perjanjian apa ya? Masakan aku lupa, aku tidak pernah missed makan ubat yg doktor bagi itu. Penyakit gila ku sudah kembali kah?


Sebenarnya, ade peraturan di pantry opis KD. KD sendiri pon tak tau, dan KD mcm yakin, staff2 lelaki lain pon x tau. Lagipun kitorg jarang lepak pantry. Ade kat opis pon skali skala je. Peraturan tersebut adalah berbunyi: 'makanan yang berada di tengah-tengah meja adalah boleh dimakan sesiapa sahaja'. Denga erti kata lain, mana2 makanan yang berada di bahagian tepi adalah hak milik persendirian. Nak dijadikan crita, sambal tu ade kat tepi. So, 2 wanita tersebut memutuskan sambal serta ulam itu tidak boleh dijamah biarpun nafsu di ambang kemuncak.

Jam sudah mahu pukul 5, tiba2 seorang wanita yang berada di usia awal 30-an menjengulkan kepalanya dari dalam pantry.

Wanita C: Eh wanita A dan wanita B. Kenapa tidak dimakan ulam-ulaman bersama sambal belacan itu? Enak tahu?
Wanita A: Eh, mereka itu kan berada di tepi meja, jadinya kami tidak menyentuh makanan tersebut. Cuma kamu belek perjanjian nombor dua, fasal 3 kurungan 4.

Wanita C terdiam tanpa berkata apa2. Mungkin hatinya terluka lantaran kata2 wanita A. Sungguh mudah terguris hati wanita. Disebabkan itulah terbentuknya 2 puak dalam opis KD. Mcm lawak plak kalau ingat2 balik. Depan2 dorang mcm ok je. Cool habis la. Tp kat blakang men kutuk2. Mcm ni la baru btol2 talam. TALAM 2 MUKA.

Yang makin bestnya, ade satu lagi watak tambahan yang memainkan peranan penting. Watak batu api. Bliau ni suke menjaja crita dan menghangatkan suasana. Jenis yang ni talam bermuka-muka. Die jenis pompuan yang suke mencebik muke. Kalau die bercerita dalam meneruskan misinya, herot sana sini muka bliau.hahaha..


Staf2 lelaki adalah pemerhati yang setia seperti tengok match bola tanpa bersorak. Malas nak layan sangat pe'el  wanita2 lam opis nih. Lama2 karang berenti la tu. Tapi kalu ade  adegan mengamuk mcm best jugak kan. Siap tarik-tarik rambut lagik. Mengeluarkan kata2 kesat berbaur lucah. Mesti seronok tengok. Kalau ade popkon n kokakola lagi seronok tengok. Tp mcm x kan jadik jek, sbb depa ni talam 2 muka dan berhati KERAS mcm batu.

Haaaa, lagi satu dorg menjadikan fesbuk sebagai medium peperangan secara halus. Sindir menyindir kat dalam tu..Lawak la, mcm bebudak. Si batu api tu plak, tukang like status fesbuk tu. Hahaha

Korang ade x pengalaman mcm ni? KD pestym la jumpa. Kalu ade pon gadoh secara kecil-kecilan je. Dan muka pon xde bertukar jadik talam. Smua tunjuk perangai sebenar. Terasa cam sinetron plak.hehehe..Nak tegur pon x tau mcm mane, KD ni kan mudew remajew, apew plak katew mokcik2 tu nanti. Takpe2, skurang2nye ade gak hiburan bile masok opis. *peace yo*

Friday 22 July 2011

Takmo Anak Ikan



Assalammualaikum dan selamat sejahtera smua...
Sape bela anak ikan ni? Artis mane?! Datuk ke?..budak mane? Sepul ke name die?

Ala~ ni ikan betol la..bukan 'ikan' yg lagi satu tu. Mcm ni kesahnye, esok pas keje KD nak g mancing. Ye rakan-rakan smua, nasib KD memang malang sebab keje ari sabtu. Nasib baik setengah hari je.

Besar harapan KD untuk dpt ikan mcm ni



Kecik sikit pon tak kesah la..Mcm ni pun orait jugak


Kalau ade esok, KD snap2 la..Nak konsentret tengok Kilauan Emas yg jauh lebih BEST dari AF tu. Hahaha

 Terima kaseh kepada encik gugel sbb bg pinjam pics

Kumbang Desa Dan Fan Page

Hua3..KD dah ade fanpage!! Kecoh je kan~  Eksaited sbb baru je buat, padahal org len lame dah buat. Ape punye ketinggalan la KD ni kan. Xpe2 yang penting KD happy *guling-guling* .Jum reramai like page KD.

Thursday 21 July 2011

Kemalangan Ngeri

Hari ini KD nak wat entry serius berbaur sayu dan menyentuh perasaan. Benda ni KD terfikir mase KD tgh drive nak balik umah, pas keje. Korang jgn jeles, KD dah pasang lagu raya lam kete. Hahaha..Puasa pun x lagi.

Semalam KD kan ade letak pic anjeng n kuceng. Yg kuceng tu terover tu. Korang slalu tengok tak 2 jenis haiwan ni berpeleseran kat mana2? Tepi2 jalan, kat kwsn perumahan. Kebanyakannye yg jenis gelandangan..ceh, dah mcm berita tv3 plak rasanye. Maksud KD, jenis yang x bertuan dan dibiarkan hidup berdikari di dunia yang penuh cabaran dan pancaroba ini. KD x tau la tempat korang, Maybe majlis berkuasa tempatan KD je kot yang x kesah gejala ni menular kat area KD. Kesian gak tgk haiwan2 ni, memang kurang kasih sayang. Dah la kurus, kotor plak tu.


Ape yg KD nak citer sebenarnye adalah, pasal haiwan2 ni yang slalu menjadi mangsa langgar lari. Selalu KD nampak ade je bangkai2 beliau2 ni kat tepi jalan. KD pernah terserempak dgn 2 kejadian langgar lari nih. dua2 mangsa adalah kucing. satu kejadian mase KD tgh drive, kete depan KD yg jdk penjenyahnye, skali lagi mase KD tgh lepak minum kat warung tepi jalan. Terlompat terguling kucing tu, x lame pastu mati. Entah ler, tak tau nak salahkan sape. Dua2 pihak boleh disalahkan mengikut terma dan syarat. Kekadang si tukang langgar salah. Contohnya, bila haiwan ni melintas, mase lampu utk menyeberang jalan tu kaler ijau, yg driver kete tu p jalan je pecer? Tak ke haiwan tak bersalah tu dah menambahkan statistik korban jalan raya.. OK tu iklan je. Tak tahan plak KD serius sgt. Kesalahan manusia plg utama adalah lalai. Memandu sgt laju. Dah la laju, siap betelepon ngan skandal lagi. Tak ke hilang tumpuan mase sbb geli2 dlm tepon tu. Lagi satu kan, kalu x laju, kalau ade nampak mane2 haiwan yg cuba utk melintas jalan tanpa tengok kiri kanan tu, hon je la..Bagi dorang ni tau, diorang telah membahayakan nyawa sendiri. Kesalahan menatang2 ni plak adalah menjadikan jalan2 raya sebagai tempat berhibur. Kat situ la nak romen2, main kejar2. Kan bahaya tu. Tapi kekadang, driver2 ni plak yang eksiden sebab nak mengelak melanggar haiwan2 tersebut.


Selain dari anjing dan kucing, terdapat juga haiwan lain yang menjadi mangsa di jalan raya. Contohnya kura-kura, burung2 dan ular. Setakat ini, golongan ikan berjaya mempertahankan rekod tiada kemalangan langgar lari di jalan raya.

Tapi pernah x korang terfikir, dan tau sape insan berhati mulia yang tolong membuang atau menanam bangkai2 haiwan yang kemalangan ni. Selalu kan, KD tengok, kalau mase turun keje tu ade berlaku kemalangan kat tgh2 jalan raya, tp petang tu dah xde. Mesti ade org yang tolong bersihkan. Tp ade jugak yg KD tengok bangkai haiwan tu terbiar je, sampai hancur dilenyek tayar2 kejam di atas jalan raya.

"Memandulah dengan berhati-hati"

Wednesday 20 July 2011

Rabu Tanpa Kata #2


Kekucing mmg suke wat aksi2 dramatik kan..kuat drama sungguh..hehehe

Tuesday 19 July 2011

2 bijik tu kalau gosok memang merah!


Petang-petang ni KD yakin sangat korang dah mengantuk tahap bila-disorongkan-bantal-korang-mintak-tilam pulak kan? Xpe, KD paham..Waktu petang mmg ramai2 pakat gosok mata utk hilangkan mengantuk.Terutama sekali org2 yg dah keje n student yg ade kelas or kuliah. Yang berkeyakinan tinggi plak bantai tdo je..hahaha.  Merah menyala mata tu kekadang. Ade yg muke pon dah mcm muke penagih..Oh maaf ye penagih2 di luar sana. KD mmg sengaja, KD nak gtau, berenti la menagih dadah..Tak baik tuk kesihatan.Sungguh x tipu. Eh melalut plak..


Jum bace ni, harap2 mata korang tu segar balek. dah mcm zombie dah tu..ni bahasa omputeh ye..bukan tagalog mahupun hindi.

It takes 7 seconds for food to pass from mouth to stomach.
A human hair can hold 3kg.
The length of a penis is 3 x the length of the thumb.
The femur is as hard as concrete.
A woman's heart beats faster then a man's.
Women blink 2 x as much as men.
We use 300 muscles just to keep our balance when we stand.
A woman has read this entire post.
The man is still looking at his thumb.

Udah2 la tu bang...Balik umah karang p la sukat lagik..ekekeke

Sunday 17 July 2011

Dia Janda Muda

Di suatu kawasan pedalaman di Texas, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia. Dia meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Jamilah Hj Abu Bakar. Eh, nama melayu tu? Memang pun...Jamilah ni lahir kat Kluang...oooo org Johor rupanye.. Tapi tak pakai dah nama Jamilah bile dah pindah ke Texas ikut suami (Jamilah ni ahli Persatuan Isteri Taat). Nama beliau trus tukar jadik Jamie Elle.

Jamie Elle membuat keputusan tanpa berfikir panjang untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar, internet dan papan2 notis untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.

Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang lelaki gay, dan seorang kaki mabuk.Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Jamie Elle terpaksa memilih salah seorang dari mereka. Nampak sangat cara pengiklanan yang dilakukan oleh Jamie Elle kurang berkesan.

Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Jamie Elle memilih si gay, bernama Ashton Samuel untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang gay daripada tinggal dengan seorang pemabuk.

Minggu demi minggu berlalu. Ashton Smauel telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. Beliau sgt seksi, dengan badan berketak-ketak, tinggi dan macho memang bisa mearik perhatian wanita dan lelaki. Bila balek je dr ladang, dgn badan berpeluh-peluh memang benar2 memgusik hati wanita Jamie Elle. Ashton Samuel kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. 

Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka. Gembiralah si Jamie Elle ni tadi… kerana ingin menghargai kerajinan si Ashton Samuel ni, Jamie Elle pun berkata kepada Ashton Samuel dengan nada menggoda, agak miang juga si Jamie Elle ni, “Wahai Ashton Samuel, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja…” Gembiralah Ashton Samuel, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.

Sampailah ke tengah malam, Ashton Samuel tak juga  pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah Ashton Samuel pulang ke rumah. Sampai ke rumah, didapati Jamie Elle sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran unggun api. Cahaya samar-samar itu membuatkan Jamie Elle nampak lebih seksi dan mengghairahkan.

Jangan tengok lama2 dan jgn terlalu pikirkan sgt gambo ni

“Buka butang bajuku dan tanggalkannya.” Kata Jamie.

Ashton Samuel dengan tangan yang terketar-ketar dengan perasaan yang terkejut,melakukan apa yang diarahkan.

“Sekarang, buka kasut but ku.”

Ashton Samuel buat, perlahan sekali.

“Buka, stokin ku..”

Dia buat juga.

“Sekarang, buka skirt ku.”

Dia buat juga.

“Sekarang buka coliku.”

Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.

“Sekarang….buka seluar dalamku…”

Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.

***********
Kemudian, Jamie Elle pun memandang Ashton Samuel, sambil berkata…

“Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot.”


Credit to: Kawan KD yang menceriakan hari2 bosan KD di opis.
pies#1: Cerita diolah semula oleh KD
pies#2: x sangka melesia bole score lawan liverpool. dpt 3 tu~

Friday 15 July 2011

Teksi kuning itu bukan volkswagen di Karak Highway! #1

Salam Jumaat dan salam sejahtera semua. Lapar betul KD sekarang ni, x sempat makan tadi. Petang ni sblom balek umah nak g melantak mekdi dulu..Ni smua salah Cik Eva, tetiber bliau menyebut (ke menaip?) perkatan keramat tu kat shoutbox KD. Sambil2 tunggu kol 5, KD nak share benda menarik ni kat korang smua. Sangat menarek ok..tp x tau la btol ke idak, rsnye btol kot.hahaha..ok layannnnn~

Ape yg KD nak canangkan kepada smua rakyat jelata, sekelian alam Malaysia dan seantero dunia adalah wajah2 taxi yang berkeliaran di DUBAI...Korang tgk la sendiri, kereta2 mcm ni dorg bole wat jdk taxi, kalu kat cni, sape yg ade kereta2 ni mesti dah bongkak, berlagak x hengat dunia kan. tetiber lak teringat lagu 'lagi best' perodua..agak2 korang la, mane lg best..hahaha..Tp jgn lupe ye bli brgn buatan tempatan.

Gamba yg kat bawah ni, kereta Hummer H2. Slamba badak je buat kete sgt besh ni jdk taxi. KD x penah lg naik kete ni, penah nampak org bawak ade la 2 3 kali. Sentuh sekali je, tu pun mase ade kompeni yg buat pameran.




Audi R8 siot~ Ape la agaknye yg bermain di pikiran pemandu taxi ni.. Yg ni nasib baek KD penah bawak..hahaha.. Terpaksa riak kejap. Tapi bawak dlm game je la.



Yang ni pon taxi kat Dubai jugak. BMW 745..Tapi yang ni biase je kat sana. Taxi plg BANYAK bersepah..Wadefish??! terasa nak menetes ayer mata KD.hu3..Kalau kat cni la, sape ade kete ni, mmg siap pakai driver lg, baju lak mesti yg pakai kot, ade tali leher bagai. hahaha



Dasat2..kereta kat bawah ni adalah Chrysler 300C..Sexceli, KD x tau pun kete ni..Ebendo, KD x tau, tp yang pasti kete ni mesti mahal. Sekali tgk bhgn bdn die tu mcm proton Saga plak.ekekeke



Agak2 la wei. Tak kan la Ferrari Enzo pun korang nak wat teksi, ke korang ni ade perarakan kereta berhias sempena 31 Ogos. Jgn la mcm ni wei, luluh taw hati KD.




Skali lg ilmu perkeretaan KD tercabar kerana KD x kenal kereta ni. Ni nama die Maybach 57. Ye ke mahal kete ni.ish~ huhuhu


Ni tahap SANGAT MELAMPAU dah ni. Lamborghini KD korang wat jdk taxi. Ni yang rase nak marah sgt ni. *ok kembali ke dunia nyata* mak aihhh nape la kete ni pun jdk teksi. Kalu teksi ni ade kat Melesia, KD x kire, KD nak naik jugak. berebut pon x kesah. Berbunuhan pun KD sanggup..*ok tu tipu je*



TO BE CONTINUED............

Thursday 14 July 2011

Guru Seksi dan dot dot dot


Sorang guru, cantik, lepasan universiti tempatan dan berkaca mata, Sharifah Amanda Gonzales namanya. Sekali pandang cikgu tersebut memang persis seorang artis yang mahu membuat persembahan di pentas yang gah. Hidung mancung bak seludang, kulit halus seperti bayi jonson2. Biarpun beliau menutup aurat sebagaimana yang disarankan oleh agama, tapi beliau tetap kelihatan seksi dan menawan. Seksi itu kan subjektif. Dedah sana dedah sini tu seksi yang jelas dan nyata dan sampai ke satu tahap bole muntah ijau dibuatnye. Beliau bukan begitu orangnya. Tapi hakikatnye, bukan cikgu Sharifah Amanda Gonzales watak utama dalam cerita ini. sebenarnye watak utama adalah Ahmad..ah ah ahmaaaad~. Teringat plak kat lagu yg sebut2 nama Ahmad.

Ok mcm ni kesahnye, Cikgu Sharifah Amanda Gonzales ni menghadapi satu masalah yang jarang sekali berlaku kat negaraku Malaysia. Ahmad ni memang spesel la kiranye, naik satu tahap lagi dah bole join HEROES. Ade satu hari tu, Cikgu Sharifah Gonzales nampak Ahmad termenung dalam kelas.

Dengan penuh keayuan ala2 wanita melayu terakhir

CSAG : Ahmad, nape termenung mcm resah gelisah ni? Senggugut ke?

Ahmad: Xde pape la cikgu. Yang cikgu ni main tuduh2 saye senggugut ni nape? Cikgu la kan yang senggugut tu..

Kurang ajar betul perangai si Ahmad. Mahu dirotan, takut pula ibu bapa si Ahmad ni bawak pegi mahkamah. Bebudak sekarang kan...jentik sikit terus bawak g mahkamah, masuk tv bagai.

CSAG: Eh budak ni, aku sepak jugak karang! Mane die tau aku tgh kontrol ayu sbb senggugut nih... *dalam ati je la, monolog dalaman*

Ahmad : Mcm ni cikgu Sharifah Amanda Gonzales, saya ni sebenarnye terlalu cerdik, hebat dan pandai untuk berada di darjah 2. Pe barang duduk sekelas ngan bebudak nih. tak cool la cikgu..

Bebudak lain yang sekelas ngan Ahmad, terkebil2 jek bijik mate dorang mendengar kata2 Ahmad sambil tangan masih memegang plastisin, sempoa, pemadam bergamba spanbob dsb.

Dengan inisiatif Cikgu Sharifah Amanda Gonzales, beliau akan menguji kepintaran Ahmad. Ahmad dibawa berjumpa guru besar yang sedikit botak dan boroi *sgt tipikal utk watak guru besar atau pengetua*. Cikgu Sharifah Amanda Gonzales pun menerangkan tujuan mereka bertandang ke bilik Guru Besar.

Guru Boroi: Ahmad, jawab soklan saya ye. 3x3 berapa?
Ahmad: 9.
Guru Boroi: 7528x1967?

*kalkulator adalah dilarang sama sekali dalam ujian ini*

Ahmad: 14807576. Cikgu..bagi la soalan mencabar sikit. Jangan la buat saya nak tergelak. Nanti kalau saya gelak berdekah-dekah cikgu tersinggung plak.

Guru Besar terdiam. Sexceli, beliau dah pun tersinggung walaupun Ahmad x gelak kerana beliau menggunakan kalkulator utk mendapatkan jawapan soalan kedua, Ahmad santai je terus dapat jawapan tanpa menggunakan apa2 bantuan.

CSAG: Macam ni la cikgu, biar saya bertanya soalan kat Ahmad, ape la cikgu ni bg soalan x mencabar! *kata cikgu Sharifah Amanda Gonzales seraya menepuk kepala botak Guru Besar*

CSAG: Apa yang lembu ade 4 kat badan, tapi saye ade 2 je?
Ahmad: *berfikir* Kaki

CSAG: Apa yg ade dalam seluar kamu, tp dalam seluar saye xde?
Ahmad: Saku

CSAG: Apakah yang panjang, bermacam2 saiz, ada bulu dan sedap?

Mata Guru Besar terbuka luas dan belum sempat beliau menahan Ahmad, Ahmad terus menjawab

Ahmad: jagung

CSAG: Ok~ (dgn nada x puas hati) skrg, saye akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya?
Ahmad: No haaaaal~

CSAG: Awak memasukkan batang ke dalam saya, Awak ikat saya untuk berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Guru Besar kelihatan resah dan gelisah dengan soalan yang diajukan oleh cikgu Sharifah Amanda Gonzales.

Ahmad: Khemah

CSAG: Jari memasuki saya, Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan dapat saya dahulu.

Guru Besar semakin resah, tidak keruan dibuatnye. Peluh2 jantan menitik satu persatu dari atas kepala beliau di mana rambutnya mahu tidak mahu sahaja tumbuh.

Ahmad: Cincin perkahwinan

CSAG: sekarang saya akan ajukan soalan Bahasa Inggeris ok..what word starts with 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?
Ahmad: Firetruck

CSAG: what word starts with 'F' and end in 'K' & if you dont get it you have to use your hand?
Ahmad: Fork

CSAG: What is that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Ahmad : Surname

Guru Besar menghembusakan nafas lega bila mendengar semua jawapan yang diberikan oleh Ahmad." baik kite hantar budak ni ke universiti, jawapan yang saya fikirkan semuanya salah"

pies: Siapakah anda, murid pintar atau guru boroi?

 pies#2: Malaysia kalah dengan Arsenal - menepati ramalan.

Wednesday 13 July 2011

Tuesday 12 July 2011

Kebahagian keluarga disentap kerana POLITIK?!

 

Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yang berusia 7 tahun bertanya kepada pada si ayah.

Anak: Dedi, politik tu ape?

Ayah: politik itu macam family kite la. Dedi dapatkan duit untuk family kita, so dedi adalah kapitalis. Mama gunakan duit untuk menguruskan family, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kite plak adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa hadapan. Faham?

Jadi semalaman la beliau yang berusia 7 tahun tu tak dapat melelapkan mata berfikir tentang politik. Sehingga sampai ke satu tahap beliau menjadi jemu dan hampir terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam.Seram je bunyinye. Ye la, kat luar sunyi, terasa cam dlm filem seram plak Si anak sulung tangkas dan pantas berlari pergi ke bilik ibu dan ayahnya dengan tujuan untuk memberitahu bahawa pampers adiknya dah basah.



Sampai je kat bilik, die tengok mama die tidur terbungkang, air liur meleleh, dan telah meninggalkan tompokan-tompokan di sana sini. Dikejutkan la mama bliau, tp haraaaaam...xdenya mama bliau nak bangun. Liat btol nak bangun. Kalau tidak takut menjadi batu, sudah lama beliau memflying kick mama beliau. Tapi beliau agak kehairanan, di mana lokasi ayah beliau, tidak kelihatan di sebelah mama.hmmm.. Malas beliau nak fikir panjang, yang penting adiknya berhenti menangis bak serigala jadian di waktu bulan mengambang penuh.

Beliau mengambil keputusan drastik untuk pergi ke bilik kakak pembantu rumah untuk memohon pertolongan. Bila dibuka je bilik kakak tersebut, bliau tengok si dedi berWWF Smackdown ngan kakak tersebut. Malas nak ganggu, beliau pun tutup pintu dan beliau terpaksa menukar pampers adiknye. pandainyeeeer...


Mase bersarapan keesokan paginye, si ayah dengan penuh macho berkata

Ayah: Dah faham ape itu politik?

Anak: Dah! * penuh yakin*

Dedi dan mama terkejut, dalam hati masing2 berfikir " besa nanti, kompom anak aku jd menteri"

Mama: Bijaknye anak mama, jadi ape die politik?

Anak: Sewaktu kerajaan sedang tidur, golongan kapitalis bekerja bersama-sama golongan pekerja dengan tekun dan gigih. Akibatnya, rakyat diabaikan dan masa depan bergelumang dengan najis!

Omaigod2~

Wednesday 6 July 2011

Mari Bermain Bebola Cahaya~

Salam smua..lamanye KD x menghapdet belog. Bukan KD malas ye adek2 smua, tp KD ostesen..Korang smua enjoy je la ek pics menarek dan kreatif tahap rajinnye-ko-ambik-pic-mcm-gini-xde-keje-lain-ke kat bawah ni. siyes kreatif. Ade mase karang KD pon nak buat jugak, siap pakai baju Goku lagi. Bole wat aksi fire2..














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...