Polower

Ruang Iklan

Friday 23 December 2011

Dulu cumbu-cumbu, sekarang?



Ehem-ehem..huk huk..assalammualaikum dan selamat sejahtera semua.

Nak citer pasal ape ek? Politik ke? Ah malas la, politik memang buat kita menyampah. Kita tau ahli2 politik ni ramai yang korup, tapi kita sebagai rakyat jelata yang biasa ni x mampu nak buat pape..Ada cara sebenarnya, yang penting kita sebagai rakyat biasa ni harus bersatu hati berganding bahu.. Hak tuihh (ikut stail brader yg nak ludah mahasiswa. Ko lawak la bro #sarcasm) Hak tuihhh lagi skali. Eh tercerita lak pasal politik..Hak tuihhhh

Ok berbalik kepada topik tidak serius dan tidak menjengkilkan..hak tuihhh..Topik itu adalah topik PEPERANGAN SELEBRITI MALAYSIA TANAH AIRKU TERCINTA. Macam biase la, KD mesti lambat sikit dari orang lain. Mutakhir ini (hak tuihh) makin ramai artis yang berperang sesama sendiri. Saman menyaman, kutuk mengutuk, pok amai-amai dan bermacam lagi. Nak kata bodoh x nampak bodoh lak kat dalam tv. Nampak elok jek. Tapi perlakuan mereka ni, membuatkan kucing KD pon menyampah tgk manusia manusia samseng tersebut. Sangat tidak matang dan menampakkan otak itu berada dalam lutut (hak tuihh).

Ada 3 contoh citer yang KD nak sampaikan. Ini adalah berdasarkan kisah sebenar, bukan berdasarkan novel. Semua watak adalah dirahsiakan untuk menjaga aib watak sebenar. Kepada watak sebenar, kalau terasa, jangan saman KD, KD miskin.




Cerita pertama: pergaduhan jelmaan wanita dan 2 wanita tulen.

Dulu kecoh kan kesah perang mulut secara laser di dalam tv. Nak2 lagi tv[5+9-11] tu. Suka sangat jadik org tengah. Yang tu menuduh yang ni, yang ni mencaci yang tu... Hah..elok sangat la tu. Korang yang gadoh2 macam tu ade untung ke? Rasanya buat malu diri sendiri je. Mesti anak2 korang kat sekolah tu pun merasa tempiasnya, mesti org tanya dia macam2.. Ko yang bapok tu, memang takde anak la..Mungkin anak ikan ko je kot yang diserang dan dihujani soalan panas. Sekarang ni macam dah senyap jek. KD bukannya ambik tau sangat pasal dunia hiburan ni, tapi kalu dah kecoh, orang pekak pun boleh tau. Mak cik senah yang sebatang kara kat hujung kampung dan xde tv tu pon bole tau.


Cerita kedua: Pengacara pertengahan usia dan pelawak

Ni lagi sekor. Mungkin penulisan KD akan ada sedikit bias, kerana KD akan ikut pendapat sendiri. Eh skati aku la..Belog aku..HAHAHA.. Adalah dimaklumkan KD tidak meminati kedua-dua mereka. Cuma meminati lakonan mereka. Ada bezakan? Ke takde? Semuanya bermula apabila mereka berdua ni digandingkan dalam satu acara anugerah sebagai pengacara. Bagi KD, xde pape masalah pon utk acara malam tu, lawak spontan kot. Tapi kenapa la wanita pertengahan usia tu nak terasa sangat. Oooo kalu ko kutuk orang boleh. Kau tak sedar ke mulut ko tu longkang masa ko kritik orang. Tau la keje ko mengkritik, tp agak2 la kan. Kita ni orang timur yang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan macam KD. Kalu ko kat negeri orang puteh tu laen citer la kan.




Cerita ketiga: Hitam di pipi hilang rupanya berpindah ke bontot kuali.

Haaa...Yang ni citer baru. Yang ni pon macam tahi la jugak kesahnya. Ala pasal pelakon yang masok reality tv show. Yang tu haaa, yang kumpul pelawak2 serumpun tu. X puas hati sebab tersingkir kot. Kalau ko memang tak bagus, memang la ko tersingkir. Ape nak terasa sangat? Dah nama pon bertanding, kalau smua menang, sape yang pengalah #vince. Pastu siap buat page lagi kat fb nak serang sorang pengkritik ni. Rasanya kritikan beliau tu xde la pedas mana. Dia mesti la tau pedas ke tak kan, masak memasak ni memang keje die. Bagi KD pelakon ni amat la tidak profesional dan dengan erti kata lain bengap amat. Die buat fan page nak serang pengkritik tu, rasanya tindakan kurang bernas kot. Atas langkah kurang bijak itulah yang menyebabkan beliau bukan mendapat sokongan malah mendapat tohmahan di dalam page tersebut. Ko ingat ko ramai peminat ke? Adoii la..sedih giler. Ko tau tak, tindakan tak profesional ko ni sedikit sebanyak mencemarkan nama keluarga ko yang kebanyakannya adalah dari golongan pelakon2 tersohor. Tiba2 bile turn ko, jadi pelakon tersungkur lak. Ko ni sama macam wanita pertengahan umur di atas, kritik orang kaw2, bile kene kat batang idong sendiri, mulalah melatah. Hak tuihhh

KD tak sure la, masalah2 di atas dah selesai ke belom. Seperti yang KD katakan tadi, KD tak folo sangat berita artis ni. Apa yang KD nak cakap kat sini, tak yah la gadoh2, Malaysia ni kecik je. Pe barang gadoh sesama malaysia ni, kalu berani, ko g la carik gadoh ngan artis2 hollywood ke bollywood ke? Baru gempak. Ko kan nak pemes cepat. Try la gadoh ngan Brad Pitt, Christina Aguilera ke. Tu pun kalau dorang nak layan ko la. Ke ko akan dapat hakkkkk tuihhhhhhh je..HAHAHAHA

Babai smua

3 comments:

tieykah said...

inilah dunia

everything is mixed up into one bowl

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

selamat tahun baru :)

Outbound di malang said...

salam kenal ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...