Polower

Ruang Iklan

Saturday 17 December 2011

Dia Gay, Dia Okey, Ko Okey Ke?

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera smua..

Nampak sangat la belog KD ni belog picisan semata-mata..Macam xde visitor je..hahaha<----ketawa sedapkan hati.

Ye KD tau KD lambat. Ni haaa nak citer pasal budak melayu yang kawen orang puteh kat Dublin tu. Perghhh! Giler pemes beliau. Smua nak citer pasal bliau je.Malas la nak intro panjang2, korang pun mesti dah baca pasal bliau dan pasangan beliau tersebut. KD nak buat ulasan, bukan ulang siaran.

Bila citer macam ni kuar, akan ramai la timbul manusia2 yang jadi ustaz dan ustazah terjun. Semua nak tunjuk pandai dan tunjuk kemuliaan masing2. Kalau kena gayanya takpe la jugak kan. Ni tak, ayat belah atas keluar hadis bagai, kat bawah plak kutuk, caci maki dan segala macam perkataan kesat. Kau dijamin syurgakah? Apa salahnya kalau korang doakan yang beliau itu kembali ke pangkal jalan, dapat hidayah. Kau sape nak jatuhkan hukum? Kau tuhankah? Terlalu judgemental.

Lagi satu, sahihkah dakwaan tersebut? Setakat ni KD, tak jumpa bukti2 yang sahih lagi. Ni la orang kita, cepat sangat melatah. Opocot! Selalu sangat buat kesimpulan sendiri. Pasal die pakai baju melayu pon nak kecoh. Tym2 ni tau plak dorang ni nak berpatriotik. Memalukan negara katanya. Setakat baju je dik oi.



 
Tapi daripada pemerhatian KD ke atas semua gambar2 yang ditempek kat belog2, korang tak rasa ke gambar tu macam aneh. Macam orang yang berlainan je. Masa org puteh tu pakai pakaian lelaki, cerah, tapi bile dah pakai baju pompuan gelap plak. Ntah2 edit kot.

Bukan KD nak membela beliau, jauh sekali nak menyokong apa yang bliau lakukan. KD cuma teremo sedikit dengan manusia2 yang 'baik' sangat tu. Ingat! Kita bukan Tuhan.

Wah tetiber KD rasa KD bertukar menjadi orang yang serius.HAHAHAHA

8 comments:

reza al-razi said...

huhu.. setuju dgn kau bro.. kita duk maki2 dia mcm la kita nie baik sgt kan.. Mungkin kita nmpak kejahatan & dosa dia dari sudut tu, tapi siapa tahu mungkin dia lebih baik dripada kita dari sudut yg lain.. Yg duk kutuk2 dia tu mcm lah baik sgt kan.. Solat tu penuh ke? Batas prgaulan dgn bukan muhrim tu betul2 jaga ke? Aurat tu dh sempurna tutup ke?

ehh.. apsal komen aku serius sgt nih..? hoho..

KumbangDesa said...

yeah..bagussss..sekurang2nye ade gak yang setuju ngan KD. Kutuk2 pon bukan untung ke kite. Cakap boleh la kencang. Nak kutuk kaw2, kena tgk diri sendiri gak. Kalu benda mcm ni jdk kat sedara sendiri, x ke batang idong sendiri yang sakit. Bayangkan, cane la perasaan mak bapak, kluarga die baca komen2 ustaz-ustazah smua tu. Xde sape mak bpk yg nak anak die mcm tu.

Ok nampak sesi siriyus plak skrg.ahaks

eqa for short (: said...

ada satu gmbar yg dorang berdua kiss tu tak tunjuk ke??? ish2

KumbangDesa said...

Tanak tunjuk la..belog lain byk dah tunjuk =)

Unknown said...

dah x dak pompuan kot dlm dunia ni

tieykah said...

kita doa semoga die kembali ke jln benar

amin:)

ina said...

etul.. berdoa lebih baik drp mencaci :)

KumbangDesa said...

amiiiin~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...