Polower

Ruang Iklan

Sunday 17 July 2011

Dia Janda Muda

Di suatu kawasan pedalaman di Texas, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia. Dia meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Jamilah Hj Abu Bakar. Eh, nama melayu tu? Memang pun...Jamilah ni lahir kat Kluang...oooo org Johor rupanye.. Tapi tak pakai dah nama Jamilah bile dah pindah ke Texas ikut suami (Jamilah ni ahli Persatuan Isteri Taat). Nama beliau trus tukar jadik Jamie Elle.

Jamie Elle membuat keputusan tanpa berfikir panjang untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar, internet dan papan2 notis untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.

Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang lelaki gay, dan seorang kaki mabuk.Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Jamie Elle terpaksa memilih salah seorang dari mereka. Nampak sangat cara pengiklanan yang dilakukan oleh Jamie Elle kurang berkesan.

Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Jamie Elle memilih si gay, bernama Ashton Samuel untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang gay daripada tinggal dengan seorang pemabuk.

Minggu demi minggu berlalu. Ashton Smauel telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. Beliau sgt seksi, dengan badan berketak-ketak, tinggi dan macho memang bisa mearik perhatian wanita dan lelaki. Bila balek je dr ladang, dgn badan berpeluh-peluh memang benar2 memgusik hati wanita Jamie Elle. Ashton Samuel kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. 

Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka. Gembiralah si Jamie Elle ni tadi… kerana ingin menghargai kerajinan si Ashton Samuel ni, Jamie Elle pun berkata kepada Ashton Samuel dengan nada menggoda, agak miang juga si Jamie Elle ni, “Wahai Ashton Samuel, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja…” Gembiralah Ashton Samuel, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.

Sampailah ke tengah malam, Ashton Samuel tak juga  pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah Ashton Samuel pulang ke rumah. Sampai ke rumah, didapati Jamie Elle sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran unggun api. Cahaya samar-samar itu membuatkan Jamie Elle nampak lebih seksi dan mengghairahkan.

Jangan tengok lama2 dan jgn terlalu pikirkan sgt gambo ni

“Buka butang bajuku dan tanggalkannya.” Kata Jamie.

Ashton Samuel dengan tangan yang terketar-ketar dengan perasaan yang terkejut,melakukan apa yang diarahkan.

“Sekarang, buka kasut but ku.”

Ashton Samuel buat, perlahan sekali.

“Buka, stokin ku..”

Dia buat juga.

“Sekarang, buka skirt ku.”

Dia buat juga.

“Sekarang buka coliku.”

Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.

“Sekarang….buka seluar dalamku…”

Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.

***********
Kemudian, Jamie Elle pun memandang Ashton Samuel, sambil berkata…

“Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot.”


Credit to: Kawan KD yang menceriakan hari2 bosan KD di opis.
pies#1: Cerita diolah semula oleh KD
pies#2: x sangka melesia bole score lawan liverpool. dpt 3 tu~

9 comments:

Terbelog said...

baru nak naik
turun balik
...naik hairan

KumbangDesa said...

hahaha.seb bek turun balek.apekah? =P

adlina said...

hahaha lawak giler..nsib baik kite bace smpai habis..kalau tak mesti dah fikir bukan2 -_-" aiseh

KumbangDesa said...

HAHAHA..bek bace sampai abis

cik bulan said...

uh..bce3 kli bru phm..=.='

Unknown said...

aduh...otak aku dah nak senget dah tadi...hahaha

Unknown said...

Old but gold.
Blog Saya: Kaoshilogy

Shawn Razaleigh said...

kah3. nice onebro. follow blog ni.

gua suka decription blog lu.nice!

Anonymous said...

After getting more than 10000 visitors/day to my website I thought your kekumbangdesa.blogspot.com website also need unstoppable flow of traffic...

Use this BRAND NEW software and get all the traffic for your website you will ever need ...

= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com

In testing phase it generated 867,981 visitors and $540,340.

Then another $86,299.13 in 90 days to be exact. That's $958.88 a
day!!

And all it took was 10 minutes to set up and run.

But how does it work??

You just configure the system, click the mouse button a few
times, activate the software, copy and paste a few links and
you're done!!

Click the link BELOW as you're about to witness a software that
could be a MAJOR turning point to your success.

= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...